CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 5

[Perlis] Isteri lelaki maut akibat Covid-19 disahkan positif tahap empat

[Copy link]
Post time 26-9-2021 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Isteri lelaki maut akibat Covid-19 disahkan positif tahap empat[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan



Kangar: Isteri kepada salah seorang daripada dua lelaki yang ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Dato Setia, di sini, semalam, disahkan positif Covid-19 tahap empat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, wanita berusia 70-an itu masih dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas turut ditemui tidak sedarkan diri dalam banglo satu tingkat di kawasan perumahan berkenaan.

"Isteri kepada salah seorang lelaki yang meninggal dunia semalam masih lagi dirawat di HTF.

"Dalam perkembangan sama, mayat dua beranak berusia 53 dan 79 tahun itu sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat.

"Bagaimanapun proses bedah siasat tidak dapat dijalankan dengan segera memandangkan kedua-dua mayat berkenaan disyaki positif Covid-19," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, proses bedah siasatan berkemungkinan dapat dilakukan antara dua hingga tiga hari lagi bergantung kepada forensik HSB.

Semalam, dua beranak, Ahmad Rizal, 53 dan bapanya, Bakar Yaacob, 73, ditemukan maut dipercayai mengalami jangkitan Covid-19 di kediaman mereka di Taman Dato Setia.

Selain itu, isteri Bakar ditemui tidak sedarkan diri dalam kediaman mereka selepas kenalan mangsa gagal menghubungi mereka sejak beberapa hari lalu.

Anggota polis yang tiba di kediaman berkenaan mendapati pintu berada dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci.

Pemeriksaan menemui dua mayat yang mana keadaan fizikal mayat Ahmad Rizal dipercayai sudah kembung disyaki meninggal beberapa hari yang lalu.

Manakala mayat Bakar terbaring di ruang makan rumah itu dalam keadaan sempurna.

Polis turut menemui isteri mangsa tidak sedarkan diri dalam rumah berkenaan.

Petugas kesihatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kemudian tiba untuk melakukan pemeriksaan terhadap mangsa.

Pemeriksaan tidak menemui sebarang perbuatan jenayah terhadap mangsa.


Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 4:38pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 10:17 PM | Show all posts
hari tu tak pulak kata wanita tu tak sedarkan diri
cuma berada disini mayat2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 10:23 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-9-2021 10:17 PM
hari tu tak pulak kata wanita tu tak sedarkan diri
cuma berada disini mayat2 tu

itu lah. smlm mcm baca si isteri kemurungan. kadang-kadang wartawan pun tak betul faktanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 11:45 PM | Show all posts
kerisnaga replied at 26-9-2021 10:23 PM
itu lah. smlm mcm baca si isteri kemurungan. kadang-kadang wartawan pun tak betul faktanya.

iya, sy ada baca isterinya kemurungan
walhal mungkin in stupor kerana oxygen yg rendah

sudah kah keris niaga ambil vaccine - sorry off topic tetapi sy kena lepas kan tanggungjawab sy dgn menggesa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 11:50 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-9-2021 11:45 PM
iya, sy ada baca isterinya kemurungan
walhal mungkin in stupor kerana oxygen yg rendah

sudah doc ipes. bln 7 dah setel 2 dos.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:17 AM | Show all posts
kerisnaga replied at 26-9-2021 11:50 PM
sudah doc ipes. bln 7 dah setel 2 dos.

beres sih
selamat bersiar2 kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054954 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list