CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 0

[Kedah] MAH rayu longgar syarat untuk MICE

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode
MAH rayu longgar syarat untuk MICE[size=0.8]Hamzah Osman - September 26, 2021 @ 2:14pm[email protected]


Gelembung Pelancongan Langkawi di Pantai Chenang dibuka untuk pelancong bermula 16 September 2021. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR



LANGKAWI: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) merayu kerajaan melonggarkan syarat bagi agensi kerajaan dan swasta menganjurkan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) di pulau ini.

Naib Pengerusi MAH Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat, berkata langkah itu dapat membantu merancakkan kembali perniagaan hotel di pulau legenda itu yang terjejas teruk akibat pendemik COVID-19.

"Untuk minggu pertama selepas projek rintis gelembung pelancongan dibuka, kadar tempahan bilik memang memuncak dengan ada hotel lima bintang mencecah 80 peratus.

"Malangnya, memasuki minggu kedua, kadar tempahan bagi hotel lima bintang menurun ke 45 peratus, dan tiga bintang ke bawah sekitar bawah 20 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengurus Besar Hotel Adya Langkawi, berkata kemerosotan kadar tempahan yang ketara itu memberi gambaran industi perhotelan masih 'nazak' dan memerlukan sokongan kerajaan.

"Perniagaan hotel di pulau ini amat memerlukan dan bergantung kepada aktiviti MICE oleh agensi kerajaan dan swasta untuk menjana pendapatan dan mengelak kerugian berterusan.

"Dalam hal ini, saya difahamkan ada agensi kerajaan dan swasta yang berminat dan mempunyai peruntukan untuk penganjuran MICE, tetapi terbantut selepas berdepan pelbagai kerenah birokrasi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini dilaporkan kemasukan pelancong harian pula masih rendah iaitu kira-kira 1,200 pelancong menerusi penerbangan dan 500 orang menggunakan feri sejak 16 September lalu.

"Banyak faktor menyebabkan perkara ini berlaku. Kerajaan sepatutnya tidak perlu meletakkan syarat mewajibkan pelancong mendapat surat kebenaran polis untuk melancong ke Langkawi.

"Syarat ini dilihat menyusahkan dan membantut hasrat kebanyakan pelancong golongan pertengahan menggunakan jalan darat untuk melancong ke pulau ini," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.408160 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list