Jika anda pernah menonton filem Momok, pasti mengenali Pengarahnya M Jamil yang juga anak seniwati Sarimah. Seterusnya anda mesti mengenali bekas vokalis kumpulan Wings yang popular dengan lagu Biru Mata Hitamku.
Foto :FB
Kedua-duanya kini sudah putus mata pencarian akibat dilanda penyakit dan juga pandemik Covid-19 ini.
Jamil, 57 kini terbatas pergerakannya kerana bergantung kepada kerusi roda selepas diserang angin ahmar tiga tahun lalu, seperti yang dilaporkan portal Sumberkini.
"Kesihatan kira ok lagi lah, lepas tiga tahun kena strok, Alhamdulillah masih hidup. Duit simpanan ada lah sikit-sikit, bantuan pun ada, tapi mana yang ada lah, ada juga simpanan untuk anak-anak (6 dan 4 tahun)"
Foto :FB
Sementara itu, bekas vokalis kumpulan Wings, Mel, 55 menceritakan kehidupannya tidak seperti dulu.
"Kita artis ni tak ada punca lain lagi dah selain menyanyi macam saya ni. Apa lagi boleh buat, berniaga tak boleh, kena modal juga, sebelum ini pernah berniaga, tapi bukan bidang kita. Bidang saya menyanyi, sementara menyanyi tu ada ceramah-ceramah sikit,???
Mel pernah popular dengan lagu 'biru mata hitamku' dan 'semalam yang hangat' apabila mengantikan Awie selaku penyanyi utama kumpulan Wings dalam album 'Orang Asing' pertengahan tahun 1990-an.
Kedua-duanya mendapat sumbangan wang tunai RM1,000 dan barangan keperluan asas daripada Menteri Besar Selangor.
Apa yang anda masih ingat mengenai kedua-duanya?- CARI
|