CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1272|Reply: 1

[Pulau Pinang] 2 PPR akan dibina di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 26-9-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
2 PPR akan dibina di Pulau Pinang [size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri) meninjau Upcycle Park MPSP sempena lawatan kerja di MBSP. FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi komitmen serta jaminan bagi membawa dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk rakyat Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau berpandangan adalah munasabah dan wajar PPR dibangunkan di Pulau Pinang memandangkan peratusan projek berkenaan di negeri ini berada pada tahap yang amat rendah.

Kata beliau, walaupun PPR bermula pada 1987 dan dijenamakan semula pada 2002 namun tidak ada langsung projek berkenaan yang dibina oleh KPKT di Pulau Pinang sepanjang tempoh berkenaan.

"Dalam RMK-12, selain pembinaan projek perumahan mampu milik, turut disentuh ialah projek PPR yang mana ia sangat dekat dengan KPKT.

"Namun, di Pulau Pinang, peratusannya (projek PPR) yang dibina KPKT jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain berada pada tahap amat rendah.

"Oleh yang demikian, kita melihat adalah amat munasabah dan wajar membawa projek PPR di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, hari ini.

Jelasnya, KPKT merancang untuk membina dua PPR di negeri ini iaitu sebuah di Seberang Perai sama ada dalam kawasan Seberang Perai Utara atau Seberang Perai Tengah manakala sebuah lagi di bahagian pulau.

"Pemilihan Seberang Perai Utara atau Seberang Perai Tengah adalah disebabkan kajian daripada segi pendapatan, 45 peratus penduduknya adalah golongan B40 yang mana PPR wajar dibangunkan di antara dua kawasan berkenaan manakala sebuah lagi di bahagian pulau.

"Bagaimanapun, berhubung lokasi lebih tepat, ia masih sedang dikenal-pasti dan akan diumumkan nanti memandangkan perlu mendapatkan pengesahan serta keputusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata , KPKT juga sedang meneliti isu pembangunan bandar baharu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan serta Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo.

"Di pihak kementerian, kita sebenarnya sedang merancang untuk membuat garis panduan pelaksanaan pembangunan semula bandar-bandar ini banyak kawasan yang ada bangunan seperti bangunan empat tingkat serta tiada ruang untuk buat pembangunan lagi dan sebagainya.

"Kalau nak runtuhkan (bangunan itu) tak boleh sebab kita terikat dengan Akta Pemilikan dan Pengurusan Strata. Jadi, dalam hal ini, kita perlukan satu hala tuju dan garis panduan yang baharu termasuk penggubalan dasar baharu," katanya.

Menurutnya, dasar yang sama juga digunakan di beberapa buah negara lain termasuk Hong Kong, Singapura dan Australia.


Disiarkan pada: September 25, 2021 @ 6:12pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 02:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.256556 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list