CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 0

[Kedah] Premis loteri awam tanpa lesen diserbu

[Copy link]
Post time 24-9-2021 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Premis loteri awam tanpa lesen diserbu[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 24, 2021 @ 8:57am[email protected]


Barangan yang dirampas termasuk wang tunai bernilai RM81,156 dalam serbuan di sebuah premis di Kulim.- Foto NSTP/Ihsan PDRM



ALOR SETAR: Polis menahan dua individu dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Raya Kulim di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50-an ditahan dalam serbuan itu dan polis turut merampas wang tunai sebanyak RM81,156.

Beliau berkata, serbuan dilakukan jam 7.40 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kulim, berdasarkan maklumat yang diterima.

"Hasil siasatan mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat pengiraan (counting centre) perjudian loteri awam tanpa lesen.

"Kedua-dua suspek yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi meneliti modus operandi sindiket terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Beliau berkata, pihaknya percaya kegiatan itu masih baru dilakukan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.172998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list