CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 1

[Pulau Pinang] Hospital Medan HPP dijangka beroperasi esok

[Copy link]
Post time 23-9-2021 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Hospital Medan HPP dijangka beroperasi esok [size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


ZAMRI (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai persiapan Hospital Medan HPP di Georgetown, hari ini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI


Georgetown: Hospital Medan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi kegunaan perawatan pesakit Covid-19 di negeri ini dijangka beroperasi mulai esok.

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan ATM selaku Komander Hospital Medan HPP, Leftenan Kolonel Dr Zamri Derahman berkata, operasi pembinaan hospital lapangan yang memasuki hari kelapan itu berjalan lancar mengikut jangkaan siap dalam tempoh 10 hari.

Beliau berkata, sebagai persediaan, latihan kebakaran akan diadakan pada petang ini sebelum memberi laluan kepada pihak jurutera melakukan pemeriksaan.

"Selepas diberi kelulusan pihak jurutera, hospital medan ini sudah bersedia unutk beroperasi bermula esok.

"Kami akan lakukan kerja 'terminal cleaning' pada petang esok dan selama tempoh empat atau lima jam selepas dibersihkan, tidak dibenarkan ada sebarang pergerakan di dalam kawasan hospital medan bagi menjamin kebersihan serta keselamatannya.

"Selepas semuanya selesai, hospital medan ini sudah bersedia beroperasi bagi menerima pesakit Covid-19 pada 9 malam," katanya ketika ditemui, hari ini.

Tinjauan mendapati fasiliti tambahan berkenaan kini sudah siap 95 peratus dan sebahagian katil sudah tersedia selain persiapan rapi bagi mengadakan latihan kebakaran pada petang ini.

Hospital medan itu mampu menempatkan 100 katil bagi pesakit Covid-19 tahap empat termasuk empat katil bagi Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilengkapi kemudahan oksigen.

Zamri berkata, apabila beroperasi kelak, lima pakar ditempatkan di hospital medan berkenaan selain 54 pegawai perubatan serta 250 lagi terdiri daripada jururawat, pembantu pegawai perubatan dan staf sokongan.

Beliau berkata, pPenubuhan hospital medan itu membabitkan empat pegawai dan 50 anggota ATM, tetapi pihaknya memerlukan sokongan bantuan daripada segi kerja sivil, mekanikal dan elektrikal daripada pihak lain seperti kontraktor dan jurutera Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan HPP.

Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 3:16pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 10:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044416 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list