CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 6

Nina Iskandar Cemburu Tengok Rakan Artis Shooting

[Copy link]
Post time 23-9-2021 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Barangkali, terselit hikmah yang tidak disangka di sebalik ujian pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, sejak tahun lalu.


Jauh di sudut hati, kerinduan pelakon, Nina Iskandar, 30, pulang ke Malaysia cukup membuak-buak selepas terkandas di negara kelahirannya, Brunei Darussalam selepas melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada Disember 2019.


Namun, apabila memikirkan situasi COVID-19 di Malaysia belum surut dan pada masa sama, bimbang meninggalkan anaknya yang masih kecil, hatinya lebih bersyukur.


Foto: IG




"Ada kala saya pernah terfikir, lantaklah apa hendak jadi. Saya mahu redah pulang ke Malaysia kerana terlalu rindu kembali bekerja.


"Hati terasa melihat rakan lain sibuk di lokasi penggambaran. Kadang kala terbit perasaan cemburu.


"Saya terlalu rindukan kehidupan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, apabila merenung semula, saya tidak mahu membahayakan nyawa dalam situasi pandemik.


"ada masa sama, saya tidak bersedia berjauhan dan meninggalkan Aaryan," katanya kepada BH Online.


  



Pelakon drama Andainya Takdir dan Isteri Dalam Sangkar itu berkata, ketakutannya juga apabila memikirkan keadaan pesakit COVID-19 yang memerlukan masa agak lama untuk pulih.


"Ada hikmahnya saya terkandas di Brunei. Saya jadi takut apabila membaca kisah pesakit COVID-19, apatah lagi, ada sahaja kematian yang didedahkan.


"Jadi, lebih baik saya tidak mengambil risiko membahayakan nyawa dalam situasi COVID-19.


"Lebih manis, situasi pandemik memberi peluang kepada saya melihat Aaryan membesar di hadapan mata. Diam tak diam, Aaryan bakal memasuki usia dua tahun, tidak lama lagi," katanya.




  



Biarpun mempunyai perniagaan, namun, Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar yang mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan tidak pernah terlintas meninggalkan dunia lakonan yang diminati.


Memulakan kerjaya lakonan pada 2011, Nina berkata, perasaan cinta terhadap dunia seni masih menebal. Namun, pandemik COVID-19 seakan menguburkan impian bergerak aktif semula.


"Sebenarnya, saya berhasrat pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa melahirkan Aaryan, tahun lalu. Namun, COVID-19 mula menyerang menyebabkan hasrat terpaksa ditangguhkan.


"Walaupun seronok melayan Aaryan di rumah, tetapi cinta dan minat terhadap dunia seni tidak pernah sedikit pun pudar. Setakat ini, belum pernah terlintas untuk bersara.


"Insya-Allah, saya akan pulang meneruskan minat sekiranya masih ada ruang," katanya.




  



Nina mula mencipta nama selepas kemunculan pertama menerusi filem Muka Surat Cinta pada 2014 itu berkata, situasi semasa masih membimbangkan termasuk Brunei yang kini diserang gelombang kedua.


"Buat masa ini, saya rasa lebih sesuai memberikan fokus kepada perniagaan. Saya hanya menantikan masa yang sesuai untuk kembali, namun nampaknya masih lambat lagi berikutan keadaan masih membimbangkan.


"Brunei kini memasuki gelombang kedua, jadi semakin sukar untuk saya keluar dari sini.




  



"Apapun, saya perlu sabar menanti. Saya tidak pernah bimbang seandainya peminat lupa disebabkan kurang muncul di kaca televisyen. Seperti dikatakan, saya berada dalam bidang lakonan disebabkan minat.


"Jadi, saya tidak perlu bimbang sama ada masih dikenali atau sebaliknya," katanya yang kali terakhir muncul menerusi drama Rumah Siti Khadijah arahan Heykal Hanifah yang mengisi slot Samarinda di TV3 pada 2019. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ckp berbelit2. Duk dendiam je la kt Brunei sana. Berlakon kt Msia ada work permit tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk jelah dendiam jaga anak macam Almy nadia tu, dia ni before kahwin pun badan mmg jenis berisi... Ni lepas beranak mcm susah nak turun ni tengok gaya tu, takkan produser nak bagi watak heroin lagi? Acik2 pembantu rumah boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah laaa
Duduk je rumah jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:08 AM | Show all posts
tak masalahnya... tergamak ke ko nak pergi shooting dengan kening macam shin chan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:49 AM | Show all posts
Berlakon ja la, kat tempat hang hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh angkat watak datin dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062572 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list