CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3287|Reply: 23

Teringin Sangat Anak, Beli Sperma Online Dan Akhirnya Berjaya Hamil

[Copy link]
Post time 23-9-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode
London: Bayinya layak digelar bayi online atau e-bayi selepas dihasilkan menerusi permanian beradas yang menggunakan sperma dibeli secara dalam talian, tahun lalu.


Stephenie Taylor, 33, dari Nunthorpe di Teeside melahirkan bayi perempuan dinamakan Eden selepas mengandung hasil prosedur yang dilakukan sendiri.


Katanya, dia mengikuti panduan di YouTube untuk melakukan permanian beradas sendiri dengan kit bagi proses itu dibeli di eBay.




Foto: Triangle News




Menurutnya, sperma pula diperoleh menerusi aplikasi Just A Baby yang menghimpunkan senarai penderma dengan pelbagai latar belakang dan maklumat untuk dia membuat pilihan.


Hanya sehari diperlukan Stephenie untuk memilih penyumbang sperma yang menepati kriterianya, iaitu individu yang tiada masalah kesihatan dan seorang family-oriented man.


Wanita itu berkata, dia mengambil risiko melakukan prosedur terbabit kerana mahu memberi adik kepada anak lelakinya, Frankie selain tidak mampu menampung kos rawatan kesuburan mencecah £1,600 (RM9,152.06).


Dia tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain yang mungkin boleh menyebabkan Frankie kurang bahagia.


Kata Stephenie, penderma yang dicari juga adalah individu yang boleh memberi anak mirip seperti wajah anak sulungnya.


"Lelaki terbabit datang sendiri ke rumah saya untuk menyerahkan sperma. Dia seorang lelaki yang baik dan mesra, malah kami sempat minum bersama dan berbual," katanya.


Dua minggu selepas melakukan prosedur itu, Stephenie mengandung dan gembira apabila Eden dilahirkan sihat pada Oktober 2020 yang disifatkannya sebagai satu keajaiban. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 08:29 AM | Show all posts
datang serah sendiri sperma tu macam mana dik oi..
secara manual kot..



hahaha.. terer la boleh buat sndiri ngan kit..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:40 AM | Show all posts
macam2 hal la skrg....haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Datang serah sperma??? Guna kit je.. Hebattt
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:13 AM | Show all posts
hahaha klu undang2 dan agama membenarkan aku pun nk buat gini wei
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 dh sampai umah apsal plk nk guna kit bagai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 23-9-2021 08:29 AM
datang serah sendiri sperma tu macam mana dik oi..
secara manual kot..


Aku rasa diorg uhahuhah la tu...takkn la memandai buat prosedur sendiri. Kalo camtu doktor pun blh resign la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tu lps main ,baru pakai kit injection utk double confem sperma masuk betul2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 09:48 AM | Show all posts
syarat nak jadi hamil sperma sampai telur saja. macam mana cara dia sampai cara biasa kah atau luarbiasakah tak penting... dan serah sendiri tu kira seller yang baiklah, cod kan biasa orang buat.. orang putih ni mungkin mampu bersikap professional masa berjumpa tu, sex tu bila2 dorang boleh dpt... only bussiness k
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 23-9-2021 08:29 AM
datang serah sendiri sperma tu macam mana dik oi..
secara manual kot..


Selet sperma ngn jari kat vagina pun ngandung weh

Kalau keadaan vagina tu lembab basah kot so sperma leh berenang2 menuju ke destinasi yg sepatutnya.
Ada kes kat sarawak kot ayah dia selet air mani kt cik pet anak dia hingga anak dia ngandung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9: syarat nak jadi hamil sperma sampai telur saja. macam mana cara dia sampai cara biasa kah atau luarbiasakah tak penting... dan serah sendiri tu kira s ...
Betul tu bro..Orang putih bersikap lebih profesional..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza: Alang2 dh sampai umah apsal plk nk guna kit bagai?

Ko percaya???kalau sempat minum2..rasanya serahan benih secara alami.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:29 PM | Show all posts
tak caya la aku.mesti dia nk tgk jugak rupa paras
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dlm drama selalunya yg jual sperm ni yg herlok2 background..takde la penyangak..gambar pemilik sperma tu pun ader..
tp i xfhm yg laki tu dtg sendiri hantar..ee xfhm la
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:01 PM | Show all posts
haha..jual sperm pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:03 PM | Show all posts
just nak tanya kita org islam boleh ke buat cam ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 02:22 PM | Show all posts
kire SPERMA COD la ni..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:26 PM | Show all posts
kehcik_evil replied at 23-9-2021 06:03 AM
just nak tanya kita org islam boleh ke buat cam ni??

Mestilah tak bolehh.... Islam sangat jaga pasal keturunan kan. Even ibu susuan pun kena pilih betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:27 PM | Show all posts
Firenzza replied at 23-9-2021 09:29 AM
Alang2 dh sampai umah apsal plk nk guna kit bagai?

kan dia kata tak mau jalinan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:28 PM | Show all posts
kehcik_evil replied at 23-9-2021 02:03 PM
just nak tanya kita org islam boleh ke buat cam ni??

melancap atau onani tu haram
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.584842 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list