View: 4360|Reply: 1
|
USAF sedang bina Lima Pesawat Pengebom B-21 Raider yang sukar dikesan radar
[Copy link]
|
|
USAF Mengesahkan Lima Pesawat Pengebom B-21 Yang Sukar Dikesan Radar Sedang Dibina
Diterbitkan pada 22 Sep 2021. oleh Effi Saharudin.
Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telahpun mendedahkan pesawat pengebom B-21 Raider sedang dibina dengan rekaan yang amat mirip dengan pesawat pengebom Northrop Grumman B-2 Spirit. Sebelum ini dipercayai dua pesawat sedang dibina tetapi minggu ini USAF mengesahkan sebenarnya lima pesawat sedang dibina di Air Force Plant 42 yang terletak di California.
Kelima-lima pesawat prototaip dibina dengan penuh rahsia tanpa sebarang gambar sebenar didedahkan. USAF berharap sekiranya semua berjalan lancar, B-21 pertama akan melakukan penerbangan sulung pada tahun 2022 dan memulakan operasi pada pertengahan 2020-an.
Sebanyak 100 unit B-21 Raider setiap satunya menelan belanja $639 juta (~RM2.67 bilion) akan dipesan bagi menggantikan bukan sahaja B-21 Spirit tetapi juga B-1B Lancer yang sudah berusia. B-21 Raider akan mempunyai keratan rentas yang kecil yang menukarkannya dikesan oleh radar. Selain kemampuan membawa senjata nuklear ia juga boleh membawa senjata pintar dan senjata boleh melepak.
Sumber Flight Global |
|
|
|
|
|
|
| |
|