CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1399|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAQIS sita makanan haiwan

[Copy link]
Post time 22-9-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
MAQIS sita makanan haiwan[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 22, 2021 @ 2:43pm[email protected]


MAQIS merampas pelbagai jenis makanan haiwan dari Thailand di Butterworth. - Foto MAQIS PULAU PINANG



BUTTERWORTH: Pelbagai jenis makanan haiwan dari Thailand bernilai lebih RM85,000 disita kerana dibawa masuk tanpa dokumen sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas produk berkenaan pada jam 4.30 petang semalam di gudang zon bebas Dermaga Air Dalam, di sini.

MAQIS dalam kenyataan berkata, pasukan penguat kuasa memeriksa ke atas gudang terbabit sebelum menemui pelbagai jenis makanan haiwan seberat lebih 2.7 tan.

"Dagangan bernilai RM85,656 itu dibawa masuk tanpa dokumen yang sah seperti permit import," katanya.

Menurut kenyataan itu, mengimport keluaran pertanian dan haiwan tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"MAQIS akan terus menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.













Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list