CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 16

IPD Shah Alam Nafi Kelab Golf Diserbu Sebab ‘Ketua Balai Tak Dapat Main’

[Copy link]
Post time 21-9-2021 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan dakwaan tular mengenai sebuah kelab golf di sini diserbu akibat ‘ketua balai tidak dapat main’.


Dakwaan tular itu dikatakan cuba menfitnah Ketua Balai Polis Bukit Jelutong, Inspektor Saipol Paizi Zainol mahu bermain golf secara percuma dan tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Shah Alam sebelum mengarahkan serbuan dibuat.


Malah, tambah kenyataan itu, Saipol dikatakan enggan mendapat kebenaran daripada OCPD dengan alasan ‘tidak mahu kacau bos’ pada cuti umum Hari Malaysia, 16 September lalu.




Polis memeriksa seorang pengunjung Kelab Golf Glenmarie di Shah Alam Selangor sebelum mengeluarkan kompaun sebanyak RM38,000 kepada majikan dan pekerja atas pelbagai kesalahan.




Bagaimanapun, Pemangku OCPD Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol menafikan serbuan itu dibuat atas alasan demikian dan menegaskan Saipol bukan seorang pemain golf.


Menurutnya, serbuan juga dibuat selepas menerima aduan orang awam pada tarikh berkenaan.


“Dalam isu tomahan terhadap Ketua Polis Balai Jelutong, ingin diutarakan beliau bukan seorang pemain golf, he is not a golfer. Operasi pematuhan dan pemantauan SOP Covid-19 terhadap semua kelab golf akan di jalankan dari semasa ke semasa terutamanya enam kelab golf di bawah pentadiran (IPD) Shah Alam.


“Polis IPD Shah Alam menyeru dan berharap agar masyarakat atau mana-mana pihak perlu mendapatkan informasi betul dan sahih sebelum menular isu yang boleh mengaibkan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau menambah, susulan serbuan dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kelab Golf Glenmarie, di sini, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan atas kesalahan kegagalan mematuhinya dengan jumlah keseluruhan, RM38,000.


Tiga kompaun sebanyak RM10,000 setiap satu dikenakan kepada majikan akibat gagal memastikan pekerja daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke dalam premis,menyediakan laluan keluar masuk dan tidak memaparkan notis hanya individu lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk.


Sementara itu, empat lagi kompaun sebanyak RM2,000 setiap satu dikenakan kepada empat orang pekerja akibat gagal daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera.


“Seruan pucuk pimpinan pihak Polis IPD Shah Alam agar semua pihak terutamanya warga Shah Alam perlu cakna serta sentiasa patuh mengikut SOP yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 09:14 AM | Show all posts
aku baca 2x pun x paham
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbelit....byk kali baca

Dakwaan tular itu dikatakan cuba menfitnah Ketua Balai Polis Bukit Jelutong, Inspektor Saipol Paizi Zainol mahu bermain golf secara percuma dan tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Shah Alam sebelum mengarahkan serbuan dibuat.


Malah, tambah kenyataan itu, Saipol dikatakan enggan mendapat kebenaran daripada OCPD dengan alasan ‘tidak mahu kacau bos’ pada cuti umum Hari Malaysia, 16 September lalu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sedangkan makan minum di kedai mamak pun free
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:43 AM | Show all posts
betulkah polis nak main free???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kelulisan ketua balai itu? Akak cadangkan ketua balai jika nak tunjuk handal, main ice skating lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kan, sebelum covid melanda
Selalu orang gomen esp beruniform yg bukan avid golfer pun. Membership pun tarak,
tapi sesaja sesuka hati masuk bawak familylah, sedaralah, kawan2lah lepak makan2 free kat club house buat seperti bapak mereka yg punya
Budak2 yg wait table kat situ time mereka ni ada, sambil serve aku mereka kan supply info sapa mereka tu sambil buat muka meluat
Dahlah makan free, table manner takde, poyo & kerek namampus pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:03 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 21-9-2021 02:38 PM
Dulu kan, sebelum covid melanda
Selalu orang gomen esp beruniform yg bukan avid golfer pun. Members ...

bak kata ipan, anak-anak polis............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal tetiba orang nak fitnah dia..fishy sgt. Kalau bukan golfer ntah2 nak datang makan free..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sebab laa tu org berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
khenzz pokok xkn berbnyi kalau takde angin
dan xpelik pun kan kalau dorg ni nak main or mkn free..mmg sejenis suka amik kesempatan agaknya..alah lama xmain golf..acahh2 sat..pdhl sekali jah main golf tu pun under company
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 21-9-2021 02:38 PM
Dulu kan, sebelum covid melanda
Selalu orang gomen esp beruniform yg bukan avid golfer pun. Members ...

Wow. Tak malu betul. Makan benda haram.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.. Aku x percaya bab2 melibatkan badan beruniform ni..

Asyik keluar tangkapan pegawai join parti liar la.. Kena tangkap berhibur kt kelab malam la.. Pastu tambah plak dgn sangkut urine...

Parah sangat dah badan beruniform negara kita ni...


Macam salah sorang forumer cakap, g kedai makan pun makan free... Member aku pernah ikut geng saka biru ni unit rondaan motosikal...

G kedai mamak tpi jalan, lepas makan member nk g bayarkan utk semua. Si saka biru ni tanya hang nk p mana..

Jangan dok mengada, selama kami kt sini kami x pernah bayaq pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:36 PM | Show all posts
Maaf la ya, soalan noob.
Kenapa korang kata diorang makan atau main golf free?
Sejenis rasuah ke apa? Atau diorang rasa diorang polis, diorang kebal boleh buat apa saja?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi tajuk ingat main benda lain.
Dulu kat sebuah negeri tu ada sorang politician kalau menginap/makan di suatu hotel tak pernah bayau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm vvvvvvviiiiiiiippppppppp kayangan pon kan
Semua mintak green lane....pdhal kayo dah takat nak bayar bape sen la sgt
Pastu ade hati nak nak flex kat pipit....pdhal sendri larikkkkk dr cukeiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhhh iol memang side eye jeee deme ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058109 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list