CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 13

[Sabah] Bekas ADUN Kunak Nilwan Kabang Meninggal Dunia Kerana COVID-19

[Copy link]
Post time 19-9-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Olumis at 19-9-2021 05:24 PM

KOTA KINABALU, 19 Sept: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Nilwan Kabang meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini awal pagi ini akibat jangkitan COVID-19.

Nilwan, 71, yang juga Penolong Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Sabah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.45 pagi setelah sebulan melawan virus tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang jugaBadan Perhubungan UMNO Sabah mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham dimasukkan ke hosital swasta berkenaan awal bulan ini.

“Bagi pihak keluarga besar UMNO Sabah saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah Datin Amnani Abdullah serta seluruh ahli keluarga, moga mereka tabah menghadapi saat sukar ini.

“Kami mendoakan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” katanya dalamkenyataan di sini hari ini.

Nilwan merupakan ADUN Kunak selamadua penggal antara 2008 hingga 2018 sebelum tewas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada calon Parti Warisan SabahNorazlinah Arif.

Bung Moktar berkata Badan Perhubungan UMNO Sabah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat khususnya UMNO di negeri itu.

“Allahyarham Nilwan merupakan seorang yang berjiwa kental, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran.

“Allahyarham seorang sahabat yang rapat dengan saya, kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya politik sejak era pemerintahan USNO sehingga UMNO melebarkan sayap ke Sabah, kami berjuang dalam (parti itu)bersama,” katanya.- BERNAMA

Kredit: Sabah Post

Takziah kepada keluarga Allahyarham

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts

UMNO Sabah kehilangan seorang pemimpin berjiwa kental : Bung

Edited by Olumis at 19-9-2021 05:24 PM


KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan pemergian Penolong Ketua Penerangan UMNO Sabah Allahyarham Datuk Nilwan Kabang sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat khususnya UMNO Sabah.


Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata Allahyarham Nilwan merupakan seorang yang berjiwa kental, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran.


"Allahyarham (Nilwan) seorang sahabat yang rapat dengan saya, kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya Politik sejak era pemerintahan USNO sehingga UMNO melebarkan ke Sabah kami berjuang dalam bersama, sebab itu saya sifatkan allahyarham seorang pemimpin berjiwa kental dan setia kepada perjuangan, " katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Allahyarham Nilwan, 71, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak dan veteran politik Sabah meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, awal pagi ini, akibat jangkitan COVID-19.


Setelah sebulan bertarung nyawa melawan virus tersebut, beliau akhirnya pergi menghadap Ilahi pada jam 3.45 pagi.


Nilwan, sebelum ini mendapat rawatan di hospital tersebut pada awal bulan ini.


Bung yang Juga Timbalan Ketua Menteri turut berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham Nilwan.


"Bagi pihak keluarga Besar UMNO Sabah saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah Datin Amnani Abdullah serta seluruh ahli keluarga moga mereka tabah menghadapi saat sukar ini dan kami mendoakan moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, " jelas Bung dalam nada yang sebak.

Kredit: Utusan Borneo Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat ahli keluarga. Alfatihah buat Allahyarham Datuk Nilwan Kabang.

Politician dari zaman Usno ni. Oldtimer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Sabah ada Hospital Gleneagles ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat family..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-9-2021 06:41 PM
Kat Sabah ada Hospital Gleneagles ke?

Ada. Rate paling mahal tapi memang sesuai jg la... sebab macam hotel2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru tau Bung timbalan ketua menteri sabah. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pula vip sabah meninggal akibat covid
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 01:11 PM | Show all posts
salam takziah buat famili
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
roserouen replied at 20-9-2021 11:04 AM
Iols baru tau Bung timbalan ketua menteri sabah. Haha

Ko biar betul??? Haha. Well, dia salah seorang calon KM masa isu panas selepas PRN Sabah hari tu. YDP Sabah terpaksa pilih salah satu. Akhirnya, YDP pilih Hajiji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
babyLON. replied at 20-9-2021 12:13 PM
Ramai pula vip sabah meninggal akibat covid

Mungkin faktor umur juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.454599 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list