CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1997|Reply: 1

Aston Martin kekalkan pelumba

[Copy link]
Post time 19-9-2021 12:16 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Pasukan Aston Martin mengesahkan tidak akan membuat rombakan barisan pemandunya dengan mengekalkan khidmat jaguh utama yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel untuk digandingkan bersama Lance Stroll untuk saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Sebagai rekod, Vettel yang baru menyertai pasukan itu daripada Ferrari awal tahun ini berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila sudah mengumpul 35 mata daripada 14 perlumbaan Grand Prix (GP), manakala Lance pula berpuas hati dengan 24 mata.

Difahamkan, prestasi memberangsangkan kedua-dua pemandu itu menyaksikan Pengerusi Eksekutif Aston Martin yang juga ayah kepada Lance, Lawrence Stroll bersetuju untuk menawarkan kontrak baharu buat mereka.

Ketua prinsipal Aston Martin, Otmar Szafnauer berkata, Lance merupakan salah seorang pelumba muda paling berbakat dalam saingan F1 ketika ini dan gan-dingan bersama Vettel yang berpengalaman memberi ke-seimbangan buat pasukan.

“Kami sangat teruja apabila dapat mengikat Vettel dan Lance untuk tempoh semusim lagi ke-rana gandingan mereka berdua musim ini menunjukkan momentum positif.

Mereka berdua adalah aset buat pasukan dan kami harap mereka dapat pamerkan semangat yang tinggi sepanjang bersama pasukan,” katanya.

Sementara itu, Vettel me-ngakui tidak sabar untuk meneruskan cabaran baharu bersama Aston Martin bagi saingan musim depan terutama apabila akan berlaku pembaharuan mendadak pada jentera pasukan de-ngan beberapa perubahan teknikal yang baharu.

“Saya anggap saingan musim depan adalah perlumbaan ge-nerasi baharu bagi saingan F1. Ia adalah kelainan yang dinantikan oleh peminat dan kami sebagai pemandu juga tidak sabar untuk memberikan saingan yang lebih sengit nanti,” kata pelumba berusia 34 tahun itu. –AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2021 12:16 AM | Show all posts

VETTEL ditawarkan kontrak baharu untuk terus kekal bersama Aston Martin selepas memberikan aksi cemerlang musim ini. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.173869 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list