CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4698|Reply: 29

4 Jam Bawa Teksi AirAsia Ride, Nazir Razak Dapat RM67

[Copy link]
Post time 17-9-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Sejak perkhidmatan e-panggilan terbaharu AirAsia Ride dilancarkan kurang dari sebulan lepas, lebih 5,000 permohonan pemandu diterima termasuk dari tokoh terkemuka perbankan seperti Datuk Seri Nazir Razak, yang baru-baru ini meluangkan masa selama satu hari untuk merasai pengalaman sebagai pemandu airasia ride.


Pada 31 Ogos lalu, Nazir memulakan misinya untuk memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempah masa 4 jam bertugas sebagai pemandu AirAsia Ride.




Kredit foto: The Vocket




Sambil memandu, beliau meluangkan masa bersama rakyat Malaysia bersembang mengenai Kemerdekaan, negara Malaysia, tip kewangan dan mengimbas kembali impian bapa beliau untuk negara kita serta situasi semasa (jika ada yang lupa — bapa beliau adalah Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia).


Bukan itu sahaja, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun juga dapat merasi pengalaman dipandu Nazir dalam perjalanan beliau ke rumah.


Nazir, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu AirAsia Ride berkata, “Pengalaman ini amat menyeronokkan!







"emanduan selama empat jam membolehkan saya memperolehi RM67 (tanpa tip) dan jika saya bekerja sepenuh masa, saya mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari.


"Saya juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan bersembang dengan mereka.


“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan AirAsia Ride semalam.


Selain Lembah Klang, AirAsia Ride berkembang ke Langkawi bermula 16 September dan perkhidmatan e-panggilan ini juga akan dilancarkan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia pada masa hadapan.




Sumber: AWANI/DagangNews.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk


lupakan lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:01 PM | Show all posts
Kah kah kah. Bila orang kaya golongan kayangan berada nak merasai sekelumit kehidupan si miskin.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tak minat kalau drivers ni banyak sembang sebab ai bukan jenis suka bersembang dengan orang2 tak rapat. Except dalam forum.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:05 PM | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 03:03 PM
Ai tak minat kalau drivers ni banyak sembang sebab ai bukan jenis suka bersembang dengan orang2 tak  ...

Sama.. Aku pun xberapa suka sangat menyembang dgn orang tak dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah masuk alor setar? Jadi akan byk voucher boleh di redeem...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau ditakdirkan memang dah Nazir Razak jadi driver AA ride saya dan dia rajin nak borak, saya akan tanya apa rasa jadi adik kepada perompak tersohor negara he he he
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:17 PM | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 03:03 PM
Ai tak minat kalau drivers ni banyak sembang sebab ai bukan jenis suka bersembang dengan orang2 tak  ...

hati2 sembang dengan catut tempe bakso perampas suami orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau kaka jadi penumpang.. kaka kata tak reti
english.. cakap melayu boleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:44 PM | Show all posts
klu KJ jd drebar teksi, mesti ramai suka sambang dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnye dia yg jd pm bukan si jibby iteww
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 17-9-2021 03:44 PM
klu KJ jd drebar teksi, mesti ramai suka sambang dgn dia

KJ jadi taxi driver kat youtube memang lawak. Dia tu dah la hensem, serba boleh pulak tu. cuma dah kertu ni nampak kepam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:28 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 17-9-2021 03:01 PM
Kah kah kah. Bila orang kaya golongan kayangan berada nak merasai sekelumit kehidupan si miskin.

boleh dapat lebih rm5k sebulan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:41 PM | Show all posts
nampak sgt jpj polis sume xguna...demi marketing viral..undang2 sume blh letak tepi...commercial usage dah kot...xde lesen..ko dh kenapa boleh lepas? lg lawak...how come air asia jln darat pon ko blh masuk...sah2 kabel.pfftttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:42 PM | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 05:09 PM
Tapi kalau ditakdirkan memang dah Nazir Razak jadi driver AA ride saya dan dia rajin nak borak, saya ...

nk tanya mmg boleh tny..tp confirm xmasuk YT la..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:44 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 17-9-2021 05:19 PM
kalau kaka jadi penumpang.. kaka kata tak reti
english.. cakap melayu boleh tak

kan..dah la buat waktu hari merdeka..100% conversation all english..tp kata cintakan tanah air ku...ironynyeee.hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 03:03 PM
Ai tak minat kalau drivers ni banyak sembang sebab ai bukan jenis suka bersembang dengan orang2 tak  ...

Sama la kita
Sbb aku takut berbeza pendapat.
Tapi tak dapat luahkan pendapat kita dgn some stranger.

Biasa kalau dapat driver camni aku iyakan aje,  pastu aku lepaskan kat bff aku..
Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:37 PM | Show all posts
cer bawak lama sket ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 03:03 PM
Ai tak minat kalau drivers ni banyak sembang sebab ai bukan jenis suka bersembang dengan orang2 tak  ...

I penah ternaik grab Dari klia sampai klang dengan driver tak berenti bercakap..stress wo, tak layan xsampai hati sebab uncle2 dah...ada time I buat2 xdengar senyap je tapi dia still continue tanya macam2..that time mmg terasa nak debik je uncle tu suruh senyap lol..

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 17-9-2021 03:09 PM
Tapi kalau ditakdirkan memang dah Nazir Razak jadi driver AA ride saya dan dia rajin nak borak, saya ...

aku lak nk tanya dia psl rosmah..kak ipar dia tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.336087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list