CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 3

[Sarawak] Ibu, anak maut selepas motosikal dirempuh pikap

[Copy link]
Post time 16-9-2021 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Ibu, anak maut selepas motosikal dirempuh pikap[size=0.8]Oleh Erika George - September 16, 2021 @ 2:18pm[email protected]


Keadaan sebuah 4WD yang hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam parit sejurus merempuh sebuah motosikal dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Pesisir Pantai Samalaju, malam tadi.



BINTULU: Seorang wanita bersama anak lelaki berusia tujuh tahun maut, selepas motosikal dinaiki mereka secara bertiga dengan suaminya, dirempuh sebuah pikap dalam nahas di Jalan Pesisir Pantai Samalaju di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata identiti kedua-dua mangsa yang meninggal di lokasi kejadian masih dalam siasatan kerana kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik, manakala penunggang motosikal dipercayai suami kepada wanita itu yang hanya dikenali sebagai Fitra, cedera parah.

Lelaki yang memandu Toyota Hilux yang terbabit dalam nahas berusia 29 tahun patah kaki kiri, manakala seorang lagi penumpangnya yang berusia 37 tahun, cedera ringan.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian, pikap terbabit sedang bergerak dari arah Samalaju menuju ke pusat bandar Bintulu.

"Sampai di satu laluan lurus berhampiran Stesen Shell Kampung Pisang, kenderaan itu yang bergerak di laluan kiri terlanggar sebuah motosikal yang sedang bergerak dari arah sama menyebabkan motosikal dinaiki tiga beranak itu terpelanting ke bahu kiri jalan.

"Kesan rempuhan yang cukup kuat itu turut menyebabkan pikap terbabit hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit besar di tepi jalan," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu, manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesianya

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:21 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama satu kumpulan orang orang yang beriman dan beramai soleh serta di masukkan ke dalam syurga...
Aamiin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.342949 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list