Pengarah filem, pelakon dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli mengaku terkejut apabila isterinya, Anissa Faizul memberitahu bahawa dia, Asif dan Yoe Parey tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34.
Menurutnya, selepas membuat semakan, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati mereka bertiga tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular.
Kredit foto: Harian Metro
"Tipulah kalau tak teruja kerana ini kali pertama kami tercalon, ditambah lagi kami orang baharu. Sebelum ini saya hanya tengok orang lain dicalonkan untuk ABPBH dalam TV.
"Sekarang kami sendiri pula tercalon, tentulah gembira dibuatnya. Bertambah gembira apabila saya dapat tahu pencalonan ini bukan dalam satu kategori saja. Kalau digabungkan semuanya lima kategori.
"encalonan ini menyaksikan kami bertiga tersenarai untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular (Syahmi), Artis Komedi Popular(Asif dan Yoe Parey), Gandingan Serasi Filem Popular (Syahmi dan heroin Mail Totey The Movie) serta Youtuber Popular (Syahmi).
Syahmi berkata, dia bersyukur ada pihak yang nampak kehadiran mereka di dalam industri walaupun masing-masing tidak terlalu menonjol serta tidak selalu muncul dalam TV dan sebagainya.
"Namun ada juga yang dapat terima kehadiran kami dan syukur sangat walaupun baharu tersenarai pencalonan awal Top 20.
"Kalau tengok calon lain, agak mustahil untuk kami dapat Top 5. Apatah lagi nak menang. Tapi rezeki kita tak tahu.
"Ia juga bergantung pula kepada kuantiti pengikut. Jadi, insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana," katanya.
Kelmarin Syahmi menerusi sesi langsung di Facebook memberitahu peminat berkenaan pencalonan mereka dalam ABPBH34.
"Saya berjanji kepada mereka, sekiranya saya menang dan ada duit menerusi kemenangan ini, saya akan beri kepada pengikut yang bertuah.
"Jika Asif atau Yoe menang, wang itu hak mereka. Apapun tak kiralah sama ada siapa antara kami yang menang, ia bukan kemenangan kami sepenuhnya tapi juga adalah kemenangan penyokong kami.
"Saya awalnya terkejut dan rasa tak layak tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular sebab baharu berlakon dua filem.
"Tapi bila baca semula konsep pencalonan, syaratnya mereka yang aktif berlakon tahun sebelumnya, memang saya layak. Begitu juga kategori Artis Komedi Popular, Asif dan Yoe memang layak," katanya.
Mengulas aktiviti terbaharu, Syahmi sepatutnya merancang melakukan penggambaran dalam minggu ini.
"Namun, ia terpaksa ditunda kerana ada beberapa masalah antaranya Yoe kena kuarantin dan pakai gelang pink.
"Mungkin minggu depan baru boleh buat penggambaran. Kalau dia tak dapat lagi, kita teruskan dengan YouTube dulu untuk beberapa bulan.
"Insya-Allah mungkin awal tahun depan, baru kami buat penggambaran filem kedua untuk Astro First. Draf dan tajuk dah ada.
Cuma, saya dalam proses cari idea lagi," katanya. -CARI
Post time 17-9-2021 12:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dh x releven lgsg anugerah ni.. Kategori pun ak xprnh dgr and x semesra nk sebut mcm dodulu.. Contoh: pelakon komedi lelaki popular, pelakon komedi wanita popular. Nmpk laaa spesifik gender gitew... Now anugerah meletop pun org xheran, dgn kategori smph ape pun xtau laaaa. Mcm nk bg spesific org die plak... Ntah makin hauk laaaaa ak rase.
dah sendu so terpaksa lah create award tah apa2 nak tarik penonton bbnu khens? sebab tu lah muncul segala mak nenek anugerah kpop terbaik syok sendiri lepas tu yang terima award pon entah mummy kepam mana entah yang syok sendiri jugak?
harus lah bts tak tau khenss? whoareyouss abpbh anugerah sendu syok sendiri? kalau tahu mestilah tb3 dah siarkan bideo rakaman ucapan terima kasih terharu segala bagai dari bts tapi nan hado jah? hujung2 mummy gundu kepam mana entah yang amik trofi lepastu hoverr yahamat bagi acceptance speech macam dia pulak yang retis kpop internasional apooo?