CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6460|Reply: 19

Rupanya Ibu Terlanjur Masa Ayah ‘Outstation’

[Copy link]
Post time 15-9-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode
35 Tahun Hidup, Baru Tahu Bukan Anak Kandung… Rupanya Ibu Terlanjur Masa Ayah ‘Outstation’


Sekadar gambar hiasan

Remuk hati seorang anak apabila mengetahui bahawa dirinya bukan anak yang sah hasil perkahwinan kedua ibu bapanya. Lebih menyedihkan perkara tersebut hanya diketahui selepas 35 tahun apabila dia nekad melakukan ujian DNA.


Ujian DNA sahkan dia hanya anak ibunya


Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian seorang individu yang tidak mahu dirinya dikenali di Kisah Rumah Tangga Fans, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa dirinya merupakan anak hasil daripada hubungan sulit ibunya bersama orang lain ketika bapanya keluar outstation.

Saya nak luahkan perasaan yang tersangat sakit, keliru, takut, sedih, kecewa semua bercampur.

Wanita ini menyatakan bahawa dia telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata berumur lapan dan enam tahun. Apa yang membuatkan dirinya sedih adalah selama 35 tahun hidup rupanya  dia bukanlah anak kandung bapanya seperti yang tertulis dalam surat lahirnya.

Abah yang azankan waktu saya lahir ke dunia dan abah juga yang walikan semasa saya nikah. Saya sebenarnya anak hasil ibu saya berzina semasa abah saya outstation.

Ujarnya lagi, dia mendapat tahu perkara ini apabila mereka sekeluarga membuat ujian DNA dan hasil daripada keputusan ujian berkenaan mendapati bahawa dia hanya anak kepada ibunya sahaja.

Saya dapat tahu sebab Allah nak bagi saya petunjuk dan saya ajak abah dan ibu pergi check DNA hasilnya saya cuma anak ibu tapi bukan anak abah.

Buntu nak jelaskan pada suami


Sekadar gambar hiasan

Walaupun perit untuk ditelan, namun wanita berkenaan terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bapanya sedang sakit dan tidak mahu menjejaskan kesihatannya.

Si ibu terdiam dan hanya mampu menangis kerana tidak tahu bagaimana hendak jelaskan perkara tersebut. Sehubungan itu, wanita tersebut mendakwa pernikahannya menjadi tidak sah dan anaknya pula berstatus seperti anak luar nikah.

Sekarang ni saya jadi sangat kecewa dan marah kerana selama ini pernikahan saya tidak sah. 10 tahun kahwin ibarat berzina, anak pula status macam anak luar nikah ya Allah.

Sekarang ni nak bagitau suami tapi takut suami marah dan kecewa. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, anak semua dah besar.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena rujuk pakar2 agama ni if kena nikah balik semula ke apa.

If anak2 both boys tben maybe tak perlu kot nak explain kat anak2 dah besar nanti kalau ulama kata nikah asal tak sah.

Laa taqrobuzzinaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye dia...psl mak nye tu, dont know wht to say la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kawen balik la ngn shuben tu..
birahnya mak pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:21 PM | Show all posts
org lain buat angkara, org lain menanggung sakitnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keji Dan selfish Nye mak kau..dh dia sdiri berzina sanggup dia biar kau unknowingly 'berzina' dgn suami sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata sis changa, birahnya mak ko dik.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik birah ni bajet akan selamat rahsia sampai kiamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia ni tau bukan anak sah taraf? Macam mana terkantoi?

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Birah hari ni, kantoi kemudian
Benda camni takkan dapat tutup lamaaaa
akan ada jalan untuk rahsia tu bukak jugak nanti

So close your legs to strangers yach
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:58 AM | Show all posts
so.. agaknya mcm mna terlorong lak dia nak wat test DNA ek.. agaknya skandal mak dia kot dtg carik balik?

mampus la makcik.. ko tanggung lah segala dosa berlapis2 anak ko berzina berkali2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:57 PM | Show all posts
Adoiii..kalau betul kisah ni, berat sungguh ujian yg puan ni hadapi..bukan salah dia pun..kesian si 'ayah' juga..anak yg dibelai, diberi makan pakai rupanya anak skandal
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:32 PM | Show all posts
Ada ustaz kata kena nikah semula tapi anak2 mereka itu sah dan bukan anak haram sebab mereka tidak tahu.
Mak mereka yang tanggung dosa sebab tidak ceritakan perkara sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-9-2021 09:18 PM
Bak kata sis changa, birahnya mak ko dik.

Changa ke....
Tau tu memang MN otai....tapi tak terpikir changa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 03:40 PM | Show all posts
kes mcm ni kena nikah balik,
10 tahun kira zina tu,yg tanggung dosa mak dgn skendel dia la,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 03:43 PM | Show all posts
mclaren replied at 15-9-2021 07:46 PM
Kena rujuk pakar2 agama ni if kena nikah balik semula ke apa.

If anak2 both boys tben maybe tak per ...

mmg xsah pun,kena nikah balik,
cuma anak2 dia la,kesian jd anak x sah taraf,sijil lahir cmne kira tu,
pastu nk kawin balik kena cari wali hakim,borang kena isi status sepatutnya,
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 1-12-2021 03:43 PM
mmg xsah pun,kena nikah balik,
cuma anak2 dia la,kesian jd anak x sah taraf,sijil lahir cmne kira  ...

Itulah kan

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 23-9-2021 01:32 PM
Ada ustaz kata kena nikah semula tapi anak2 mereka itu sah dan bukan anak haram sebab mereka tidak t ...

Betul. Saya setuju. Anak mereka sah. Sebab perkahwinan Disahkan oleh Pejabat agama dalam keadaan mereka tidak tahu.

Untuk lebih afdhal bila dah tahu. Buatlah majlis dalam keadaan tertutup. Tapi sebelum buat tanya pejabat agama dulu. Sebab takut nanti suami tahu, aib ibu.

Selepas pejabat agama syarat kan nikah semula baru nikah. Jangan jump into conclusions bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 10:50 AM | Show all posts
mummyslove replied at 7-12-2021 01:58 AM
Betul. Saya setuju. Anak mereka sah. Sebab perkahwinan Disahkan oleh Pejabat agama dalam keadaan m ...

Mestilah suami kena tahu sebab kena nikah semula berwalikan hakim.
Aib ibu - terpaksa lah dia tanggung. Berani buat, berani tanggung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.077509 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list