View: 1079|Reply: 1
|
[Sarawak]
DBKU mendapat Anugerah Champion 9th Chief Minister's Environmental Award ( CMEA
[Copy link]
|
|
KUCHING – 15 SEPTEMBER 2021 (Rabu) : Dengan Visi “Kuching... bandaraya pilihan yang berdayahuni dan dinamik” dan Misi “Untuk mempertingkat kualiti kehidupan dengan mewujudkan persekitaran kondusif, penglibatan warga kota dan perkhidmatan terunggul”, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited dalam memastikan ia dapat direalisasikan demi kesejahteraan warga kota.
Untuk mencapainya, pendekatan bersepadu DBKU yang dinamakan
Kuching City Clean, Beautiful, Safe, Smart and Sustainable Plan (CBS) 2019 - 2023 telah dirancang yang merangkumi kerangka konsep untuk meningkatkan dan mengubah Bandaraya Kuching sebagai bandar paling bersih, paling indah, paling selamat dan juga memanfaatkan usaha pintar untuk menjadikan Kuching sebagai bandar yang mampan.
DBKU diperakui dan diiktiraf dengan Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 14001: 2015, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015, Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan MS ISO 45001:2018, Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001:2018, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2013 dan Sistem Pengurusan AntiRasuah MS ISO 37001:2016 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan perkhidmatan kepada warga kota.
DBKU sangat mementingkan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Untuk memastikan kelestarian, polisi berhubung alam sekitar telah diwujudkan dengan mengikut standard antarabangsa dalam Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 14001:2015.
Rekod kemenangan DBKU dalam CMEA:
1. 2008 ~ Chief Minister’s Environmental Award 2007 - 1st Runner up Service Sector (Category Public Sector)
2. 2012 ~ Gold Award - The Sarawak Chief Minister’s Environmental Award (CMEA) 2011/2012
3. 2014 ~ Winner - 6th Sarawak Chief Minister’s Environmental Award (CMEA) 2014
4. 2017 ~ Gold Award - 7th Sarawak Chief Minister’s Environmental Award (CMEA) 2015/2016
5. 2018 ~ Champion - 8th Sarawak Chief Minister’s Environmental Award (CMEA) 2017/2018 for category Local Authority
TERKINI
6. 2021 ~ Champion - 9th Sarawak Chief Minister’s Environmental Award (CMEA) 2019/2020 for category Local Authority
Semasa Majlis Penyampaian Anugerah pada 13 September 2021 di Hotel Imperial
PEMANGKU PENGARAH
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
|
|
|
|
|
|
|
|
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menerima Anugerah Emas bagi Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak ke-9 (CMEA) 2019/2020 di bawah kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya) di atas usaha dalam melindungi alam sekitar.
Setiausaha Bandaraya, Morshidi Fredrick telah mewakli MBM bagi menerima anugerah tersebut.
Selain daripada itu, AP Mega Jaya Sdn. Bhd pula menjadi juara di bawah kategori Kedai Makan dan Kedai Makanan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya).
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para pemenang semasa upacara penyampaian CMEA yang diadakan pada 13 September 2021 di Kuching oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Majlis penyampaian anugerah untuk Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) 2019/2020 dianjurkan bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).
Anugerah ini adalah program dwi-tahunan yang dianjurkan untuk mengiktiraf usaha dan komitmen industri tempatan, pihak berkuasa tempatan dan individu yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap perlindungan alam sekitar.-EDISI UKAS
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|