View: 4778|Reply: 34
|
Gara-Gara PKP, Pengantin Dah Beranak Dulu- Bersanding Siap Bawa Bayi Kembar Seka
[Copy link]
|
|
Kangar: Jika mempelai lain masuk ke dewan persandingan diiringi pengapit, lain pula kisahnya dengan suami isteri, Mohd Nur Syazreen Mohamad Zaki dan Nureen Naimah Mahyudin yang diapit bayi kembar mereka.
Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas Nureen Naimah, 23, berkongsi video majlis persandingannya di TikTok, kelmarin yang sehingga kini meraih lebih 1.3 juta tontonan.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan Nureen Naimah dan Mohd Nur Syazreen, 26, masuk ke dewan persandingan dengan masing-masing mendukung anak kembar mereka, Muhammad Uwais Areeq dan Muhammad Uwais Aryan, 11 bulan.
Foto: Harian Mtero
Nureen Naimah yang kini menetap di Taman Kemajuan, di sini, berkata, video itu dirakam ketika majlis persandingannya dan suami, Mohd Nur Syazreen pada 3 Januari lalu iaitu ketika Perlis berada dalam zon hijau, namun baru saja dimuat naik di TikTok.
"Saya sudah lama simpan video itu dan baru kelmarin terdetik untuk kongsikannya.
"Tak sangka ia meraih tontonan tinggi dalam waktu singkat kerana sekadar berkongsi untuk kenang-kenangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Nureen Naimah berkata, dia dan suaminya diijabkabulkan di Masjid Kampung Sadek Kupang, Baling, Kedah pada 1 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan asal, Nureen Naimah mahu mengadakan majlis persandingan di sebelahnya pada Mac tahun lalu dan di kampung suaminya pada Mei, tetapi kedua-keduanya terpaksa dibatalkan kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Foto: Harian Metro
Katanya, pada mulanya mereka memang kecewa apabila tidak dapat teruskan majlis kerana tempahan serta bayaran pendahuluan sudah dibuat.
"Bagaimanapun, saya dan suami akhirnya reda dapat melangsungkan akad nikah saja.
"Biarpun tidak dapat bersanding, Allah beri rezeki lain buat kami iaitu anak kembar yang lahir pra matang pada 4 Oktober tahun lalu.
"Ikutkan, kami mahu adakan aqiqah saja untuk mereka tetapi kebetulan, kembar suami berkahwin pada Ogos tahun lalu dan merancang mengadakan majlis pada Januari.
"Jadi, saya dan suami bersanding sekali dengan membawa bayi kembar kami yang ketika itu berusia tiga bulan," katanya yang mengadakan majlis persandingan di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, dengan jemputan terhad.
Nureen Naimah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya dan suami.
Menurutnya, ramai memberi komen positif, tetapi ada netizen membuat andaian sendiri dengan mengatakan mereka adalah duda dan janda yang berkahwin.
Katanya, mereka berstatus bujang sebelum berkahwin dan diberi rezeki bunting pelamin sebelum dapat menimang cahaya mata tidak lama selepas berumah tangga. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pun jadi berita penting nertizen |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 xburn out la msg2..barakallah |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya twins tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
wah hasben dia pun kembar rupanya juga
mmg rezeki laa
bapak kembar,dpt anak pun kembar |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya duit bersanding bagai tu simpan utk masa depan anak2 je.
Harap2 bukan pasangan yg duk meminta2 kt fb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takdela anaknya nak tanya kenapa mama papa kawin tak bawak dia mcm anak aku sebok tanya kenapa dia tak attend wedding makpak dia |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya tak pegi kenduri... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. 2 ketui yg shomellll |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah tahniah. Anak buah iols pn nikah pkp1 thn lps. Xdan nk buat majlis da start pkp. Tertangguh2 last2 da pregnant terus cancel aje majlisnye. Ade pic nikah aje la. |
|
|
|
|
|
|
|
untungla..zaman skrg sng nk jd famous
btw ank dia comel |
|
|
|
|
|
|
|
My junior neh |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya bunting pelamin pastu anak lahir pramatang, mengundang edisi kalkulator |
|
|
|
|
|
|
|
eeii bestnyaa, untung dapat anak kembar |
|
|
|
|
|
|
|
Wah meriah nya |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ni bukan kategori Isu Semasa
sebab Editor CARI yg buka, tak dpt la nk move ke Bod Tular
kalau forumer biasa, thread ni awal2 dh kena campak ke sana
Sekian, harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 15-9-2021 12:34 PM
bahaya bunting pelamin pastu anak lahir pramatang, mengundang edisi kalkulator
Normal sebab baby twins |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 15-9-2021 09:40 AM
Patutnya duit bersanding bagai tu simpan utk masa depan anak2 je.
Harap2 bukan pasangan yg duk memi ...
that’s why la i penah cakap dulu, kat thread pasal kawen masa PKP ni..orang dok puji jimat belanja, tapi i kata takde nyer la nak jimat, sebab nanti pengantin2 ni gigih nak buat kenduri panggil orang jugak...memasing puji nikah simple, tapi diakhiri dgn ayat, nanti2 lepas PKP boleh buat kenduri meriah…i dah agak dah, gedik jah fefeeling nikah simple humble, pakai baju biasa2 @ baju kerja..hadap viral supaya org puji humble..hujung2 kang buat kenduri jugak, panggil ramai orang berhimpun.. |
|
|
|
|
|
|
|
trexxxxxi replied at 15-9-2021 12:38 PM
Normal sebab baby twins
eh kembar mmg lahir pramatang ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|