CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2041|Reply: 0

Beg Balenciaga Terbaru Berharga RM 8,674 Dikaitkan Dengan Rantau Panjang, Kelant

[Copy link]
Post time 14-9-2021 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Beg Balenciaga Terbaru Berharga RM 8,674 Dikaitkan Dengan Rantau Panjang, Kelantan?


Salah satu beg terbaru Balenciaga telah menjadi topik hangat di media sosial baru-baru ini. Model beg itu menerima banyak komen yang tidak menyenangkan dari netizen. Apa yang tak kena?

Seperti yang dilaporkan menerusi Daily Mail, produk terbaru yang menjadi tumpuan ialah beg membeli-belah The Barbes Large East-West. Beg ini dijual pada harga USD 2,090 (kira-kira RM 8,674) di laman web rasmi Balenciaga.





Jenama dari Sepanyol ini menggambarkan produk mereka sebagai beg membeli-belah yang diperbuat daripada kulit lembu. Beg ini mempunyai logo “Balenciaga” di bahagian depan.

Beg belanja ini juga dilengkapi dengan dua pemegang atas, tali yang boleh dilepas, dan poket dalam. Beg ini dibuat di Itali dengan 100 peratus kulit dengan lapisan kanvas kapas organik.

Foto beg harga mahal ini tular di Twitter dan menjadi bahan ejekan oleh sebilangan netizen. Mereka memanggil beg itu serupa dengan beg lama yang digunakan oleh ‘mak-mak’ mereka.

Ada juga netizen yang mengejek beg itu menyerupai beg-beg murah yang selalu di bawa ke dobi membasuh pakaian.



Malah ada yang kaitkan dengan beg belanja yang sering digunakan di Rantau Panjang, Kelantan.







Sementara itu, ini bukan kali pertama produk Balenciaga mendapat reaksi seperti ini. Beberapa waktu lalu, para netizen teruja untuk menonjolkan jaket Balenciaga bernilai RM16 ribu, yang kelihatan seperti baju seragam pengutip sampah.






Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.221262 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list