CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan Pulau Pinang cadangkan Akta Pembangunan semula bandar di Malaysia

[Copy link]
Post time 14-9-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pulau Pinang cadangkan Akta Pembangunan semula bandar di Malaysia
| | 14 September 2021


Jagdeep Singh Deo

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggubal undang-undang khusus bagi pembangunan semula bandar di Malaysia.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo pada Selasa berkata, cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar perlu untuk membantu memacu pembangunan semula bandar yang lebih terancang bagi negara ini dan mewujudkan ekosistem yang holistik dan kondusif.


Akta bagi pembangunan semula bandar ini kata beliau, sudah diterima pakai di negara maju seperti Singapura, Australia dan Hong Kong.


“Saya gembira mendengar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersetuju untuk mengkaji cadangan untuk menggubal undang-undang khusus bagi pembangunan semula bandar,” katanya pada sidang media di sini.


Jagdeep berkata, cadangan itu disuarakan semasa perbincangan dengan Reezal Merican di Putrajaya semalam.


Menurut beliau, antara topik yang dibincangkan adalah garis panduan perundangan dan pindaan peraturan bagi projek Pembangunan Semula Bandar, inisiatif kerajaan Pulau Pinang serta keprihatinan dan penyelesaian untuk membendung Covid-19 di bawah skop KPKT.


“Saya mahu menyampaikan penghargaan kami kepada kerajaan Persekutuan atas inisiatifnya untuk meneliti pindaan undang-undang pembangunan semula bandar serta sokongannya kepada Pulau Pinang semasa pandemik ini,” kata Jagdeep. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bandar-di-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.091338 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list