View: 1312|Reply: 5
|
[Sarawak]
Curi susu demi nak beli ....
[Copy link]
|
|
MIRI: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki mencuri tiga tin susu untuk dijual bagi mendapatkan wang membeli dadah dari sebuah kedai di kawasan Miri Times Square baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis Hakemal Hawari menjelaskan susu dicuri suspek merupakan susu formula untuk orang dewasa dan bukan untuk kanak-kanak seperti ditulis beberapa organisasi media.
"Suspek merupakan seorang penagih tegar dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri. Manakala tujuan utama suspek mencuri bukanlah untuk menyara keluarga tetapi untuk dijual bagi mendapatkan wang untuknya membeli dadah," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu menurut Hakemal, polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia boleh menganggu siasatan pihak polis.
"Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan kes ini. Ingin ditegaskan mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan kesempitan hidup bukanlah satu alasan yang sah untuk mencuri," ujar beliau.
Terdahulu, susek yang berusia 24 tahun telah ditangkap sekitar jam 7. 55 malam, 11 September lalu di sebuah rumah di Jalan Maigold.
Manakala sekitar jam 11.55 pagi Ahad di sebuah premis di Jalan Bendahara, polis turut menahan seorang peniaga wanita berusia 61 tahun kerana disyaki membeli susu yang dicuri suspek.
Rosemaria Buma
|
|
|
|
|
|
|
|
badan punya lah sihat ...
mencuri susu ...
untuk beli dadah pula tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 14-9-2021 02:56 PM
badan punya lah sihat ...
mencuri susu ...
kan...kenapa dia 'tak fikir' nk bancuh susu tu...pastu minum...pyh...nau. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti dia jawab ...
minum susu tak leh nengok bulan bintang kerdip2 ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutla mahal. Susu org dewasa...
Polis tahan wanita tu sebab apa? Jadi saksi?
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab ...
membeli barang curi ... satu kesalahan juga ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|