View: 1260|Reply: 2
|
[Sarawak]
Maut motosikal langgar tayar lori
[Copy link]
|
|
MIRI: Seorang pekerja ladang maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah lori tangki di KM39 Jalan Miri-Bintulu berhampiran ladang CDC.
Siasatan awal mendapati lori datang dari arah Miri menghala ke Lapok dan motosikal datang dari arah yg sama menghala ke ladang sawit tempat bekerja.
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Yahya Simang, 43, dan berasal dari Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pemandu lori cuba memotong sebuah motosikal yang berada di hadapan dan mangsa yang berada di hadapan membelok ke sebelah kanan dan melanggar tayar lori lalu terbabas ke bahu jalan.
"Siasatan awal mendapati punca kemalangan daripada pemandu kenderaan kerana cuai memotong di simpang sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat dibawah sek.41(1) APJ 1987.
Anggota penyelamat bertindak mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori berkenaan menggunakan alat pemotong mengikut konsep prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya saya cukup risau kalau memandu ada motosikal disebelah atau dibelakang. Sebab kadang kala tak boleh bak predict mereka punya pergerakan. Kadang tak nampak,tiba tiba dia dah potong kita.
Bulan lepas rider food panda langgar belakang kereta saya walaupun dah bagi signal jauh lagi sebelum belok. Habis belakang kereta kemek. Bila ditanya, tak nampak katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kita ...
paling takut jika yang tetiba memotong ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|