CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 5

[Sabah] PTI Didakwa Guna MyKad Orang Lain Untuk Vaksinasi

[Copy link]
Post time 12-9-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang warga Filipina berumur 28 tahun yang tidak mempunyai dokumen, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat atas tiga tuduhan menggunakan MyKad orang lain sebagai dokumen pengenalannya untuk mendapatkan vaksinasi serta menipu dengan menyamar sebagai orang lain untuk mendapat vaksin di samping ujian calitan Covid-19.

Tiada pengakuan diambil daripada Albin Janani, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melalui persidangan video selepas tiga tuduhan dibacakan kepadanya.

Bagi tuduhan pertama, Albin dituduh menggunakan MyKad orang lain sebagai dokumen pengenalannya untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 pada pukul 3.26 petang 12 Ogos di pusat pemberian vaksin (PPV) KDCA di Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Albin, seorang pelayan restoran, bagi tuduhan kedua, didakwa menipu Jason Jr Benard Jiliko bahawa dia (Albin) adalah pemegang MyKad dengan nombor siri 870615-01-5153 di bawah nama Mohamad Asri M Khairi untuk diberikan vaksin Covid-19 di tempat dan masa yang sama.

Bagi tuduhan ketiga, Albin didakwa menipu Lella Sumporo bahawa dia (Albin) adalah pemegang MyKad sama di bawah nama Mohamad Asri M Khairi untuk mendapatkan ujian calitan Covid-19 di Poliklinik Permai, Putatan pada pukul 10 pagi 12 Ogos.

Tuduhan kedua dan ketiga didakwa di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, yang menjalankan pendakwaan, memohon tarikh sebutan baharu dan membantah ikat jamin kerana Albin tidak mempunyai dokumen pengenalan.

Stephanie menetapkan 15 September untuk pengakuan Albin direkodkan di mahkamah terbuka dan memerintah supaya dia direman lanjut. – Harian Ekspres
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mereka pon manusia jugok-forumer cari
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..
Sedap2 je guna mykad orang lain..
Bahayanyaaa lah bila mykad kita hilang..
Habis semua maklumat kita digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi meka vaksin takyah pun Mykad sebenarnya. Ni memang dasar tipikal IC Projek punya perangai la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-9-2021 12:12 PM
Amboi..
Sedap2 je guna mykad orang lain..
Bahayanyaaa lah bila mykad kita hilang..

Betul. Elakkan hilang Mykad terutama di Sabah ni. Habis identiti dicuri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-9-2021 12:54 PM
Tapi meka vaksin takyah pun Mykad sebenarnya. Ni memang dasar tipikal IC Projek punya perangai la ni ...

Iya ba. X perlu dokumen pun utk dptkn vaksin. Sia2 kedapatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067454 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list