CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 2

[Perlis] Pesan mangga Harum Manis, terima batu bata

[Copy link]
Post time 11-9-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Pesan mangga Harum Manis, terima batu bata[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


Norazah dan Azizan (bertopi putih) bersama Pengurus Kanan (Wilayah Utara 1) The Store Malaysia Sdn Bhd, Khor Sue Liang melihat produk buatan Malaysia yang dipasarkan menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Perlis 2021 di Pasar Raya The Store, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF





Kangar: Kes penipuan transaksi pembelian dalam talian di Perlis meningkat sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini berbanding keseluruhan kes tahun lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, sehingga bulan lalu terdapat 11 aduan diterima pihaknya berhubung kes berkenaan.

"Ini berbanding 10 aduan direkodkan pada keseluruhan tahun lalu dan ini membuktikan bahawa kes penipuan pembelian dalam talian ini semakin serius apabila banyak membabitkan penipuan penjualan barangan dalam talian seperti pakaian dan mangga Harum Manis.

"Malah, ada kes pelanggan mengadu mangga Harum Manis yang dipesan tetapi mereka menerima bungkusan batu bata dan ini adalah kes yang serius disebabkan ia menjejaskan nama Perlis sebagai pengeluar buah itu.

"Aduan yang diterima juga membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan dan kesemua aduan di siasat mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Negeri Perlis di Pasar Raya The Store di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Azizan Sulaiman.

Norazah berkata, dalam masa yang sama juga, sebanyak lapan kes pembelian dalam talian difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Pejabat PPDNHEP Negeri Perlis dari awal tahun ini membabitkan tuntutan berjumlah RM37,016.18.

"Ini menunjukkan situasi yang berlaku ini juga adalah serius dan orang ramai perlu mengambil perhatian supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian terutama ketika membeli barang yang dimahukan," katanya.

Sementara itu, Azizan berkata, pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) bercadang untuk mewajibkan peniaga dalam talian di Perlis mendaftar dengan pihaknya seperti yang dilakukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang sejak akhir tahun lalu.

"Walaupun langkah ini baru di peringkat perbincangan, kita melihat langkah ini wajar diketengahkan bagi mengelakkan berlakunya penipuan akaun di mana akaun penjual barang itu sebenarnya digunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram bagi kegiatan keganasan dan sebagainya.

"Kita melihat model yang dilaksanakan oleh MBSP sebagai sesuatu yang bagus di mana garis panduan baru bagi peniaga dalam talian ini akan memudahkan mereka untuk membuka akaun bank syarikat yang berdaftar atas alamat rumah bagi memulakan perniagaan dalam talian mereka secara kecil kecilan dari rumah secara sah," katanya.

Azizan berkata, pihaknya sedang melakukan perbincangan dengan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk penguatkuasaan langkah ini dan dijangka ia dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Dalam masa yang sama, Azizan berkata, KBBM yang dilaksanakan tahun lalu berjaya menyumbang peningkatan jualan RM3.3 bilion dengan jumlah unit simpanan stok (SKU) mencecah 326,000.

Peningkatan itu turut dilihat menerusi portal dalam talian 'marketplace' berbanding tahun sebelum itu dengan nilai jualan melebihi RM145 juta.

Malah, langkah ini juga dapat dapat menyemai semangat patriotisme dalam penggunaan barangan buatan Malaysia bagi kempen berkenaan.





Disiarkan pada: September 11, 2021 @ 4:37pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya
xbaik tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cite oversea,
deme trace penjual tu
pastu hentak kepala sorang2 dengan batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055150 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list