CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tempoh kritikal buat Pulau Pinang sebelum kadar jangkitan menurun

[Copy link]
Post time 11-9-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh kritikal buat Pulau Pinang sebelum kadar jangkitan menurun[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Chow Kon Yeow (tengah) ketika hadir sidang media berkaitan isu semasa situasi kes Covid-19 di Pulau Pinang di Auditorium A, Tingkat 5, Komtar hari ini. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Pulau Pinang dijangka berhadapan keadaan kritikal bagi tempoh dua hingga tiga minggu akan datang sementara menunggu kesan vaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Namun keadaan akan reda selepas kadar vaksinasi tinggi diperoleh sekali gus mampu menurunkan kadar jangkitan dan kematian pesakit Covid-19 di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, antara strategi yang akan dilaksana sebagai langkah penurunan kes jangkitan ialah penyelesaian program vaksinasi yang menjadi perlindungan penting.

"Pulau Pinang akan mencapai 100 peratus lengkap vaksin dewasa pada 31 Oktober ini. Susulan itu kami sedang mengusahakan pemberian vaksin kepada mereka yang belum menerimanya.

"Selain itu, kita juga sedang menjejaki 10 peratus golongan dewasa yang belum menerima satu dos vaksin. Kita akan melaksanakan 'mobile outreach' dengan pergi rumah ke rumah membabitkan wakil rakyat bagi 'mop up' mereka yang belum terima vaksin," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Menurut Khairy, KKM dengan kerajaan negeri akan melaksanakan pemberian vaksin secara 'walk in' atau tanpa janji temu kepada penduduk bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pulau Pinang dibuka bagi penduduk tempatan menerima vaksin secara walk in dan seramai 5,507 individu hadir dalam tempoh tiga hari ia dilaksanakan.

"Kita jangka kehadiran secara walk in membabitkan rakyat tempatan akan berkurangan tidak lama lagi, jadi kita akan laksanakan kepada mereka yang bukan warganegara pula.

"Kita akan pilih beberapa PPV bagi pelaksanaan itu seperti mana yang dibuat di Lembah Klang sebelum ini," katanya lagi.

Khairy berkata, ia juga adalah usaha pihaknya bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada golongan yang belum menerima suntikan melalui Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

"Kita akan mengadakan kempen komunikasi dalam bahasa warga asing untuk menggalakkan mereka hadir bagi menerima vaksin di PPV yang menyediakan perkhidmatan walk in," katanya.

Pada sidang media itu, Khairy turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sebagai penyelaras antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat berhubung isu-isu membabitkan Covid-19.





Disiarkan pada: September 11, 2021 @ 6:12pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list