View: 3626|Reply: 33
|
Ada Petugas Kesihatan Ambil Syabu, Pil Tidur Kurangkan Tekanan
[Copy link]
|
|
Ada petugas kesihatan yang terdesak akibat gangguan emosi disebabkan pandemik COVID-19, mengambil dadah dan pil tidur bagi mengurangkan tekanan.
Segelintir mereka juga memulakan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil kopi berlebihan untuk mendepani kelesuan melampau atau 'burnout' berikutan peningkatan beban tugas akibat pandemik COVID-19.
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj, berkata keadaan itu membimbangkan dan petugas kesihatan terbabit berisiko berdepan gangguan stres pasca trauma (PTSD) seperti dialami bekas tentera yang pernah turun ke medan perang, dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang.
Kredit foto: The Star
"etugas kesihatan ini menghubungi kami dan mengaku terpaksa mengambil AST (amphetamine type stimulant), iaitu syabu atau 'ice', kerana mahukan keyakinan serta tenaga supaya tidak tertidur ketika bertugas.
"Jumlah yang mula merokok juga ketara. Ada yang minum kopi antara lima hingga enam cawan sehari berbanding hanya satu cawan pada waktu pagi sebelum lonjakan kes COVID-19.
"Ada yang terpaksa makan pil tidur kerana tidak dapat tidur akibat gangguan emosi ketika pandemik. Ini berbahaya kerana pengambilannya antara satu hingga tiga minggu secara berturut-turut," katanya kepada BH.
Semalam, BH melaporkan lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik COVID-19 secara berterusan.
Ada kakitangan kesihatan yang ditemu bual BH, mengaku menangis setiap hari selama sebulan apabila pulang ke rumah, stres, berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit, selain kemanusiaan diri tercabar apabila terpaksa memilih pesakit yang perlu 'dilepaskan' setiap hari.
Mengulas lanjut mengenai PTSD, Dr Andrew, yang juga Perunding Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Asia Pasifik Barat, berkata petugas yang mengalami PTSD mungkin menjadi resah atau takut apabila menghampiri wad unit rawatan rapi (ICU) tempat mereka bertugas ketika COVID-19.
"TSD ini sama seperti dialami tentera di medan perang, yang mungkin pernah menembak musuh atau melihat rakan sendiri meninggal dunia di hadapan mata.
"TSD bahaya kerana ia boleh membawa kepada hasrat untuk bunuh diri, selain menjejaskan hubungan dengan rakan dan keluarga," katanya.
Beliau berkata, jumlah petugas kesihatan awam yang menghubungi MMHA untuk mendapat perkhidmatan sokongan psikologi meningkat dengan ketara.
"Sebanyak 18 peratus daripada 1,470 panggilan telefon dan pertolongan dalam talian di antara Januari hingga Jun lalu, adalah petugas kesihatan awam.
"Ini jumlah yang amat signifikan kerana sebelum pandemik, kami tidak pernah menerima panggilan daripada petugas kesihatan awam," katanya.
Berikutan itu, Dr Andrew menyarankan KKM mewajibkan proses 'debriefing' dalam kalangan petugas kesihatan sebelum dan selepas menjalankan tugas, selain memperluas aktiviti pertolongan cemas psikologi (PFA).
Katanya, proses 'debriefing' dalam tempoh tiga hingga lima minit, membolehkan setiap petugas berkongsi keresahan atau apa juga pengalaman dilalui ketika bertugas.
"KKM juga boleh melaksanakan sistem 'buddy', iaitu setiap petugas sama ada doktor atau jururawat digandingkan dengan seorang rakan dan mereka perlu bertanya situasi pasangan mereka setiap hari," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la. especially kalau yg mati tu kita kenal.
org yg kita tak kenal boleh di selamatkan
org yg kita kenal meninggal.
sesiapa pun akan salahkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sleeping pill is a bless. Ok. Bukan salah pub ambil. |
|
|
|
|
|
|
|
X surelah sistem buddy tu berkesan ke x.....kwn sekerja ialah org paling terakhir sekali nak dijadikan teman meluah rasa. I doakan petugas2 yg stress akan temui jalan utk menenangkan diri mereka |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 10-9-2021 03:46 PM
Sleeping pill is a bless. Ok. Bukan salah pub ambil.
Long term effect nye x bagus....create dependency |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hidup saya, adalah few times jugak datang ujian teruk2 yang beri tekanan.
Tiap kali alami, saya tak pernah mengadu perasaan kat orang lain other than tuhan. Menangis semahu2 nya luah perasaan kat tuhan mintak dia tolong beri kemudahan dan ketenangan. Tu je my dadah bila dapat tekanan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Not used to extreme workload kot. Dh biasa ngn slow & easy pace sejak zmn bzaman. Tp mcm komen kt atas ramai yg buat tik tok. Lain org lain coping mechanisms kn. |
|
|
|
|
|
|
|
Tah tah mng ambik sejak dulu, tp saja nk tutup aktiviti tu, ckp ambik sbb stress keje sbb pandemik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Calm your limbic brain....where u place your attention is where u place your energy |
|
|
|
|
|
|
|
moga stop... kalau dah melarat... naya |
|
|
|
|
|
|
|
doktor pun manusia
kalau amik cara betul ikut step mcm org yg telan ivm tu ok jer kan? ke jd penagih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Buka la kamus debriefing tu apa, buddy tu apa. kamus dalam talian kan ada |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber mudah dapat kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ah xanax haha
Kejap lagi ada la yg spam xanax ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dgr daripada kenalan yg kerja hospital.. penat kerja, terjangkit covid 2 kali dan beberapa kali quarantine sampai ada rasa mcm nak bunuh diri.. one of the effect lepas kena covid kwn i yg kena covid cerita adalah depression. Jadi i mmg simpati dgn mereka yg bekerja bahagian kesihatan ni. Dealing dgn manusia mmg sgt challenging, apatah lagi yg sakit dan dlm musim pandemik ni. Bukan musim pandemik pun hospital sentiasa ramai manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 11-9-2021 06:44 AM
Buka la kamus debriefing tu apa, buddy tu apa. kamus dalam talian kan ada
U ckp kat siape kaka? None of people here xtau maksud buddy & debriefing tu ape.
Buddy system ni mmg byk gomen organisation gune.....bhgn I pun gune....work related issues ok je gune buddy system ni....tp kalau petugas tu stress sbb PTSD.....I'm not sure lah system tu berkesan ke x. Org x suke org lain nmpk die problematic ....even being labelled as "overthinker" & "overly sensitive people" pun diaorg x suke...so many people lebih cenderung jd reserve. I'm a bit skeptic buddy system ni boleh tackle PTSD....even nmpk nice caranye on paper.....tp boleh lah cube |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nama vokuru naik maksudnya kaka tgh stress ptsd |
|
|
|
|
|
|
| |
|