View: 2692|Reply: 9
|
Jinggo Gesa FINAS Tangkap Produksi Degil, Ambil Artis Tak Vaksin!
[Copy link]
|
|
Penerbit dan pengarah, Jinggo berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil tindakan tegas terhadap rumah produksi yang berdegil mengambil pelakon tanpa vaksin secara diam-diam.
Pemilik JS Pictures itu berkata, sikap sesetengah penerbit yang sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) demi menyambung semula penggambaran tanpa memikirkan risiko boleh memberi kesan kepada syarikat produksi lain.
Foto: Kosmo
“Jangan kerana kamu semua, kita orang pula tidak boleh melakukan penggambaran! Finas tolong tangkap produksi yang tidak mengikut SOP.
“Sebelum kemudahan industri kita ditarik semula. Boleh pula kamu semua ‘menganjing’ ya, tidak perlu ambil vaksin pun ada sahaja produksi yang panggil.
“Kalau lepas tidak mengapa, kalau tak lepas? Bukan kamu sahaja yang sangkut, kita orang pun sangkut. JS Pictures sudah nak kembali menjalani penggambaran tahu tak!” luahnya menerusi Instagram.
Sementara itu, menerusi hantaran sama Jinggo atau Azman Yahya, 55, menegaskan bukan mempertikaikan pilihan pelakon yang enggan menjalani suntikan vaksin Covid-19 kerana ia terpulang kepada individu itu sendiri .
Cuma katanya, teguran yang diluahkan adalah kepada rakan seperjuangannya dalam industri kreatif terutama penerbit drama yang tidak mematuhi garis panduan kerajaan.
“Untuk artis yang tak mahu ambil vaksin boleh ‘shooting’ dengan produksi itu, saya tak kisah sebab vaksin bukan perkara yang diwajibkan, itu hak kamu.
“Untuk produksi yang ambil kamu berlakon, kamu semua memang degil. Menyesal tak ‘menganjingkan’ saya?
“Dengarnya produksi itu boleh digantung lesen setahun, lebih pun tak mengapa. Jadi produser itu boleh mula reka cerita macam mana nak mengadap Finas nanti,” tambah suami kepada Sheila Rusly itu lagi. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
"Taqpa, rezeqi dah tertulis qepada diri masing2."
- Ex- Pelakon NanaPaku, Dagu pembuka tin. Kuat meroyan pasal mantan.
"Kalau dekat US dah kena saman kalau paksa ambil vaksin"
- Retis Hidung nan hodoh, pasang tempurung kelapa nak sampai bahu, laki pendadih. |
|
|
|
|
|
|
|
Production house mana tuuu yg nak kena gantung lesen tuuu?? Oqang peqelih kaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 10-9-2021 12:11 PM
"Taqpa, rezeqi dah tertulis qepada diri masing2."
- Ex- Pelakon NanaPaku, Dagu pembuka tin. Kuat ...
no 2 tu kat msia pun klau nak saman sbb kena paksa silakan.. skit2 US
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka..laki pendadih tu lelana ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Biorkan jelah.
Pepandai le dorang tu nak hidup bkn budak kecik lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takdenya pinas nak tangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih tertarik nak tau production house mana yg nak kena gantung tu |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: "Taqpa, rezeqi dah tertulis qepada diri masing2."- Ex- Pelakon NanaPaku, Dagu pembuka tin. Kuat meroyan pasal mantan."Kalau dekat US dah kena sa ...
Utk yg ke-2 tu, KALAU kat US. skrg nk cari mkn kat yu-es pun tak mampu.
Lalalalalalalallalalalala.
Me ols follow closure laki cyst. |
|
|
|
|
|
|
| |
|