View: 5045|Reply: 21
|
Diana Amir hilang jiwa untuk berlakon
[Copy link]
|
|
DIANA AMIR
Diana Amir hilang jiwa untuk berlakon
SELEPAS melakukan penghijrahan, kemudian mendirikan rumah tangga dan kini bahagia membesarkan tiga orang anak, pelakon dan pengacara Diana Amir sememangmnya sengaja memperlahankan rentaknya dalam bidang seni.
Sehinggakan ada yang beranggapan, karier seninya sudah berkubur meskipun dahulu, dia pernah mencipta populariti menerusi beberapa naskhah seperti Sari Maya 2 dan Adam Maya.
Belum berkubur, tetapi wanita berusia 35 tahun itu menjelaskan bahawa dunia lakonan bukan lagi keutamaan buatnya.
“Kalau tanya bab berlakon, sekarang dah tak berapa teruja sebab banyak benda perlu difikirkan. Terutama anak-anak sebab saya jaga sendiri mereka, tiada pembantu rumah.
“Tapi kalau pengacaraan, saya okey. Sebab kerja hos lebih mudah dan tidak memerlukan komitmen masa yang panjang berbanding lakonan. Jadi kalau saya tiada tawaran berlakon pun, tak ada masalah sebenarnya,” katanya yang kali terakhir berlakon sekitar lima tahun lalu.
Pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim itu bagaimanapun tidak menolak untuk kembali berlakon, tetapi hadir dengan ‘syarat’ tertentu.
“Contohnya kalau ada yang bersesuaian macam platform Nurflix. Sebab jika bekerja dengan mereka, semua orang termasuk pelakon sehinggalah pasukan produksi menjaga solat.
“Aurat juga dijaga. Malah kami semua menjaga ikhtilat dan batasan, tidak bercampur sewenang-wenangnya antara lelaki dan perempuan,” katanya lagi.
TIDAK memikirkan soal persaingan, Diana berkata, sebaliknya penyedia kandungan perlu memperbanyakkan kandungan islamik memandangkan pasaran tempatan belum cukup meriah dengan bahan sebegitu.
Hijrah, populariti
Keterampilan ibu kepada tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid Al Habib itu sebagai selebriti wanita berhijab sememangnya sudah lama diketahui umum.
Ujar Diana yang dihubungi HibGlam baru-baru ini, penghijrahan adalah sebuah hadiah Allah dan manusia yang mendapatkannya perlu bersyukur kerana dikurniakan hidayah untuk kembali mendekatkan diri kepada Pencipta.
Dalam konteks dunia hiburan misalnya, kita sering dikaitkan dengan persepsi bahawa populariti akan merudum andainya seseorang selebriti memilih jalan hijrah, namun Diana ada pesanan untuk ditelan.
“Apabila orang kata populariti akan turun selepas berhijrah, itu semua bukan kayu ukur kejayaan seseorang. Tapi yang paling penting adalah bagaimana kedudukan dia di sisi Allah SWT.
“Untuk kawan-kawan yang mahu atau sudah berhijrah, jangan risau sebab rezeki di tangan Allah bukannya manusia.
“Sesiapa yang diberi hidayah untuk berubah, cepat-cepatlah belajar ilmu, dekatkan diri dengan agama supaya mudah berjalan di atas landasan yang betul. Jangan susah hati sebab kalau kita kejar akhirat, dunia pun dapat,” katanya.
Sebagai ‘orang lama’ yang terlebih senior melalui perubahan, Diana diajak berbicara tentang atmosfera dunia hiburan sekarang yang diserikan dengan banyak berita positif membabitkan selebriti, tempatan terutamanya individu yang semakin mendekatkan diri dengan agama.
Pemergian penyanyi Siti Sarah pada 9 Ogos lalu misalnya boleh dijadikan contoh apabila ramai menyifatkan kehilangan isteri pelawak Shuib Sepahtu itu menimbulkan kesedaran dalam hati ramai orang.
“Saya tidaklah rapat dengan arwah tapi pemergiannya buat kita nampak bahawa rahmat Allah itu benar. Orang tak perasan apa kebaikan dia buat masa hidup, tapi Allah tunjukkan apa yang Dia beri kepada mereka yang ikut syariat agama.
“Sama seperti kebanyakan orang lain, kejadian tersebut buatkan saya rasa lebih bermotivasi untuk menjadi lebih baik,” tuturnya lagi.
KEHIDUPAN Diana dilimpahi kebahagiaan apabila memilih untuk menjaga dan melihat anak-anak membesar di depan mata.
Peranan ibu, Nurflix
Gelanggang perbualan tempoh hari turut menyentuh tentang kehidupannya memikul tanggungjawab dan peranan selaku isteri dan ibu, lebih-lebih lagi pada era pandemik.
Perubahan landskap pendidikan negara yang beralih kepada sistem pembelajaran dalam talian sememangnya memberi cabaran besar buat golongan ibu bapa yang terpaksa mengambil alih peranan guru di sekolah.
Diana juga tidak terkecuali, tetapi katanya, ada banyak lagi perkara dan nikmat lain yang sangat disyukurinya jika dibandingkan dengan cabaran yang dialami.
“Saya sangat bersyukur sebab ada laman di depan rumah, jadi di situlah tempat anak-anak saya bermain dan buat aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Jika sebelum ini, saya gemar bawa anak-anak keluar berjalan meneroka dunia, tapi sekarang saya pandang hikmah atas apa yang berlaku sekarang sebagai cara untuk Tuhan mengeratkan kasih sayang antara kami.
LAKONAN bukan lagi keutamaan, kecintaan Diana kini lebih terarah terhadap pengacaraan.
“Memang ada masanya mencabar, tapi perlu fikir positif sajalah. Sekurang-kurangnya masih ada kerja, rumah untuk berteduh dalam keadaan sukar begini,” kata Diana.
Semenjak tidak lagi aktif selaku pelakon, Diana kini banyak menumpukan perhatian terhadap kerjayanya dalam bidang penerbitan program sebagai Penerbit Eksekutif Nurflix Junior.
Mendepani peranan sebagai penyedia kandungan berilmiah untuk tontonan masyarakat, Diana mengakui ada cabaran yang terpaksa ditempuh terutamanya dalam fasa pandemik.
“Semua orang ada rasa cabaran tetapi alhamdulillah, kandungan Nurflix sentiasa dapat sambutan yang baik walaupun tidaklah sehebat platform lain.
“Cuma bagi saya, jumlah tontonan atau sambutan bukan misi utama. Apa yang kita nak adalah menyediakan kandungan berilmiah dan bermanfaat untuk orang. Bab sambutan, kita serahkan kepada Allah sebab itu di luar bidang kuasa manusia,” tutupnya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya hidayah tu milik Allah kan .. semoga Diana Amir terus istiqomah .. tak payah berlakon dah .. |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun kemudian...
saya rindu nak masuk set.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni bagus. Masa berhijrah dulu bukan mcm trend artis2 skrg, baru berhijrah tanya beli tudung kat mana, dress up dari atas sampai bawah x nak kalah, solek tebal, selfie berjuta kali nak gain attention netz. Sheols biasa2 je, byk timba ilmu dgn ustaz ustazah, kawan2 pun sejuk mata nengok. Sheols betul2 berhijrah. Semoga istiqomah… |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia dgn irma
Relax2 je, xde la mcm nak tunjuk mcm bagus sgt dah berhijrah |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang jiwa berlakon pun tak heran dekkk.. takde sape suruh ko berlakon balik pun, tak herlokkkk punnn biar yang baru muda mudi ganti pula. Masa anda telah tamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bagus. Nampak ikhlas takde attitude berlagak bagus. Takde annoying macam yebi yabadi, yatt hamzah & kokspin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama anak xnak kalah arabnyerr...sian ank2 nk jwb peksa nnt..habis masa tulis nama je..eh lantak lah ank dia ken |
|
|
|
|
|
|
|
tak kesah...berlambak lagi kat luar sana |
|
|
|
|
|
|
|
No need sissss
duduk je dekat rumah
tutup pintu kunci terus donya hiburan yang laghoooo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Suka penghijrahan Diana Amir dgn Irma. Semiga istiqomah. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngam la tu...x prnah tertarik pun dgn lakonan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menten badan dia slim. Tak perlu la berlakon lagi susah nak jaga solat. Lagi2 yg mekap jd antu ke apa tu katanya mekap je dah berjam2 pastu shooting takkan seminit dua kan. Sedangkan waktu solat hanya isyak- subuh, subuh-zohor je yg jauh waktunya yg lelain dekat2 je waktu.
Tiap kali artis yg berlakon kena pakai mekap jd antu ke org tua ke iols mmg tertanya gak cemana depa solat tu takkan wuduk depa tahan 12 jam? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni jumpa depan2 cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa dia kat mekkah, dia bawa anak2 tanpa suami ikut sama..bila time solat anak dia yg masih crawl merayap sampailah depan kita..bayangkan nk sujud masa tu..?tapi mmg cute2 anak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Respek....sejk dah berhijrah n...nmpak lawa sgt dr mase zamn freehair..sorang lg irma hasmie..mmg wangi j...btul2 berubah kerana Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Xpayah la berlakon semula.
Dok umah diam2.
|
|
|
|
|
|
|
|
artis berhijrah yg tak merempan or sejadah melekat di dahi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah betul2 hijrah Tak payah lah kata... Tarak jiwa atau hilang jiwa berlakon. Hilang jiwa berlakon kerana tarak offer.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|