CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 942|Reply: 0

[Pulau Pinang] RM520 juta hasil tuna dalam tempoh 8 bulan

[Copy link]
Post time 9-9-2021 06:52 PM | Show all posts |Read mode
RM520 juta hasil tuna dalam tempoh 8 bulan[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 9, 2021 @ 3:21pmbhnews@bh.com.my


Ronald (tiga, kanan) melihat proses pendaratan ikan tuna pada Program Pendaratan Tuna di Dermaga Ayer Dalam, Pelabuhan Pulau Pinang hari ini. - Foto Bernama



BUTTERWORTH: Malaysia merekodkan hasil pendaratan tuna sebanyak 58,550 tan bernilai RM520 juta dalam tempoh lapan bulan bermula Januari hingga Ogos lalu.

Ini menunjukkan kerajaan tetap memberi komitmen penuh dalam pengurusan tuna di pelabuhan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata daripada jumlah pendaratan itu, pelabuhan Pulau Pinang menerima 20 kali pendaratan tuna membabitkan berat 1,301 tan yang dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam.

"Melihat kepada hasil pendaratan ini, kerajaan menggalakkan sehingga 70 vesel penangkapan ikan tuna berbendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi menjelang tahun 2030.

"Ini bagi membolehkan kuota pendaratan ikan tuna Malaysia di Lautan Hindi sebanyak 30,000 tan tercapai," katanya selepas Program Pendaratan Tuna di Dermaga Ayer Dalam, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng.

Ronald berkata, sehingga Ogos lalu, sebanyak 20 vesel tuna iaitu 19 vesel penangkapan ikan tuna dan sebuah vesel carrier tuna dilesenkan serta beroperasi di Lautan Hindi, manakala satu lagi vesel penangkapan ikan tuna dalam proses pelesenan dijangka hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata, MAFI bakal melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030 sebagai inisiatif pembangunan dan pengurusan industri tuna negara yang menyeluruh selaras Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

Katanya, industri perikanan tuna kian rancak dibangunkan dan ia menjadi sumber kekayaan baharu negara hasil kerjasama semua pihak terutama pengusaha vesel penangkapan ikan tuna yang komited.

"Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030 wajar diterjemahkan dengan memastikan peluang ini dapat dimanfaatkan semua pihak kerana ia tidak terhad kepada aktiviti penangkapan saja, malah pelbagai perkhidmatan lain di sepanjang rantaian nilai industri tuna boleh dibangunkan seperti pelabuhan, pengangkutan, penyimpanan, pemprosesan dan lain-lain.

"Ini juga selaras transformasi sektor perikanan yang menyeluruh dengan hasrat dan jangkaan pihak berkepentingan serta menyokong pembangunan ekonomi negara," katanya.

Ronald berkata, negara harus mengambil peluang sebagai negara ahli Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menghantar lebih banyak vesel perikanan menangkap ikan tuna di Lautan Hindi dan menggalakkan lebih banyak vesel tuna mendarat di Malaysia.

Setakat ini, katanya, Malaysia mempunyai dua pelabuhan pendaratan ikan tuna iaitu di Pulau Pinang dan Langkawi.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056732 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list