Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Elly Mazlein telah menyediakan beberapa peralatan seperti mesin gunting rambut serta sikat untuk memotong rambut suaminya. Elly dilihat memotong rambut suaminya di halaman rumah mereka. Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur sebaik sahaja melihat reaksi Elly yang begitu asyik menggunakan mesin potong rambut tersebut. Menurut netizen, Elly Mazlein seorang yang lucu dan serba boleh