CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1514|Reply: 2

Ari Lasso syukur dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 8-9-2021 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Ari Lasso syukur dijangkiti Covid-19



Jakarta: Jika tidak kerana dijangkiti Covid-19 baru-baru ini, penyanyi Ari Lasso, 48, mungkin tidak tahu dia memiliki tumor di bahagian limfanya.

Ari yang juga bekas penyanyi utama Dewa 19 berkata, selepas sembuh daripada virus itu, dia mendapat kesedaran untuk mula menjaga kesihatan dan bersenam.

"Kalau saya tidak dijangkiti Covid-19, saya tidak mungkin akan mula bersenam seperti joging dengan lebih kerap," katanya.

Disebabkan kerap melakukan senaman fizikal, tumor dalam badannya itu menghasilkan keradangan sebelum akhirnya dapat dikesan.

"Keradangan itu mengakibatkan akhirnya saya berdepan kesakitan pada 4 Ogos lalu. Kalau saya tidak bersenam, sampai bila-bila pun tidak mungkin dapat kesan kewujudan tumor itu," katanya.

Ari berkata, dia tidak tahu bagaimana tumor itu boleh ada dalam badannya.

Ini kerana dia sangat menjaga pemakanan dan kerap membuat pemeriksaan kesihatan selama ini.

"Tumor boleh menyerang tanpa diduga. Sentiasalah periksa kesihatan dan bersenam selalu. Pantau juga bahagian anggota badan yang diserang dengan kesakitan luar biasa," katanya berkongsi mengenai panduan mengesan penyakit tersembunyi.

Ari sudah menjalani pembedahan membuang tumor itu pada 20 Ogos lalu. Keadaan terbarunya dilaporkan semakin beransur baik, namun masih jalani rawatan susulan lain.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku la arjuna yg mencari cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
moga cepatan sembuh pakkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list