Selepas isu ciplak rekaan tudung magnetik oleh jenama Lilit, sekali lagi pengguna Twitter menempelak usahawan tersohor, Datin Vivy Yusof yang didakwa meniru rekaan pelitup muka pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie.
Pembongkaran itu menyatakan idea bunga raya pada pelitup muka Jovian terlebih dahulu diwar-warkan iaitu pada 13 Julai berbanding jenama Lilit pada 30 Julai.
Tapi, Jovian tak bising pun?
Foto :Twitter
Waima kedua-duanya berada di pasaran hampir serentak, netizen tetap merasakan persamaanya terlalu dekat, dengan warna hitam dan putih serta motif bunga, ianya mustahil secara kebetulan.
Foto : IG
"Lah bukan takat tudung je ke? Mask pun? Betul-betul tak ada idea sendiri ek."
"Berani ya tiru idea menantu PM nih"
Foto : IG
Setakat ini, tiada penjelasan daripada kedua-dua pihak, mungkin kerana kedua-duanya jenama besar, jadi mungkin ia dibiarkan sahaja.
Jadi, anda rasa? - CARI
|