View: 3788|Reply: 21
|
Rumah Tidak Berdinding, Lantai Berlubang Dan Bumbung Roboh-Sebatang Hidup Dalam
[Copy link]
|
|
Kesempitan hidup menyebabkan seorang warga emas menjadikan rumah pusaka daif dalam kawasan kebun kelapa sawit, satu kilometer dari jalan besar sebagai tempat berlindung.
Sebahagian besar rumah didiami Ahmad Ibrahim, 65, tidak berdinding, lantai berlubang dan bumbung roboh.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Embak di sini, Ahmad Ibrahim, 65, baru melepaskan penat selepas berjalan kaki hampir tiga kilometer (km) ke bandar Kuala Krai untuk mencari barang keperluan.
Foto: Berita Harian
Ahmad berkata, jangka masa satu jam yang diambil untuk ke bandar itu tidak terasa penat kerana sudah biasa berulang alik.
"Saya sudah biasa berjalan kaki begini kerana tiada kenderaan dan sesekali ada yang memberi tumpang kerana simpati.
"Jika makanan sudah habis atau ada urusan lain baru saya keluar (ke bandar) kerana makanan tidak boleh disimpan dalam tempoh lama memandangkan saya tiada peti ais, tambahan pula banyak kera di kawasan ini yang kerap memasuki rumah," katanya.
Ahmad berkata, disebabkan dinding berlubang, rumahnya kerap 'dipecah masuk' sekumpulan kera yang mengakibatkan banyak barang terutama makanan dalam rumah itu bersepah.
Katanya dia mempunyai isteri serta lima anak namun tidak menetap bersamanya.
Ini kerana dia tidak mampu menjaga keluarga disebabkan kemiskinan dan mengizinkan ahli keluarganya itu tinggal bersama saudara di Kota Bharu.
"Sudah hampir empat tahun saya tidak berjumpa dengan mereka dan untuk berhubung pula saya tidak memiliki telefon bimbit.
"Saya memilih untuk tinggal di rumah pusaka ini kerana jika saya menumpang orang menyebabkan tidak selesa lebih-lebih lagi dengan tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.
"Walaupun tinggal berseorangan di sini, saya tenang dan sesekali boleh berkebun untuk menghilangkan bosan," katanya yang turut menanam cili di hadapan rumah.
Terdahulu Ahmad menerima kunjungan daripada kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
calling calling ebit
|
|
|
|
|
|
|
|
Camanalah tua nanti... agaknya camnila.. dah tak kuasa nak campur orang, buat hal sendiri ja... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dpt bantuan jkm 250 sebulan, anak bini antar duduk dengan sedara unik .tapi Kat kawasan kuala krai ni macam pemandangan biasa ke? Sebeb peluang ekonomi yg Tak banyak. Teringat ada kawan cakap ,ada menteri tu lama dok jadi menteri asal kelantan .. nampak hebat tapi dia lah dok sekat bantuan ke projek utk kelantan .sebab tu kelantan gitulah. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkebun untuk hilang rasa bosan??? Berkebun tu jual la sayur2nye |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya....dah berumur kot, anak2 masih sekolah lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
zink terbarai tu tak leh ke paku elok2...
zink yg dah nak rebah ke bumi tu boleh je buat tutup lantai berlubang...
x kan xde kudrat..jln 3 km pun mampu...
bukan susah pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pakcik ni, kalau hujan ribut agak camna la dia duduk dlm keadaan gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat: Berkebun untuk hilang rasa bosan??? Berkebun tu jual la sayur2nye
Ayam ada bela tak? |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes: zink terbarai tu tak leh ke paku elok2...zink yg dah nak rebah ke bumi tu boleh je buat tutup lantai berlubang...x kan xde kudrat..jln 3 km pun mampu. ...
Boleh je slow slow salvage apa boleh dan bina pondok lain yg kecil, bina tandas. Ada tanah tu dah bagus tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
@kesayuan
@lelewbit
@dewasayu
|
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 6-9-2021 05:07 PM
Dia dpt bantuan jkm 250 sebulan, anak bini antar duduk dengan sedara unik .tapi Kat kawasan kuala kr ...
Ya pemandangan biasa. Sana kilang pun takda. Paling gah pun pasaraya pantai timur je. Orang2 laki situ memang kerja sendiri. Yang mana kalau ada kerja adalah..MCM buruh ke, motong getah ke..yg bini plak kerja kedai makan..ala memang susahlah. Pekerja mak mertua aku mostly cmtu..selalu makanan lebih2 mak mertua bagi je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya kawasan rumah dia...bersih je. Daun2 gugur pun xda..
Aku je ke yg rasa gini..? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 xde nk komen apa2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Senang nya ye pakcik sebagai suami dan ayah..
Xmampu.... biar isteri n anak menumpang kat sedara mara...
|
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 6-9-2021 07:44 PM
zink terbarai tu tak leh ke paku elok2...
zink yg dah nak rebah ke bumi tu boleh je buat tutup lant ...
I pon confuse nk puji heols or nk ckp heols pemalas. 70% i rasa pemalas. Sbb lepas gitu jah tggungjwab as bapak. Ank berderet, ko xboleh la selfish mcm ni. Sb malas berkerja , menyorok dlm hutan. Rela x contact 4 thn. Harap x ada la yg salahkan wife n ank2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 6-9-2021 09:25 PM
Ya pemandangan biasa. Sana kilang pun takda. Paling gah pun pasaraya pantai timur je. Orang2 laki ...
Hello??? Marah SSKJP u ckp sana x ada kilang. Sana ada kilang budu tau bodoh gila rules kat kelantan ni. Tanah ada tp xbg org luar beli utk bukak kilang. Kerjaan negeri pon kalau xbg org luar bukak kilang, pajak la tanah , jgn jual. Atau kerajaan la jd pemilik kilang tu n sewakan pd org luar. Dpt jugak la tlg penduduk sdri. Yg kaya mcm tok vida pulak x nk bukak pulak kilang kosmetik kat sana. Kilang maknan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Cumikucingku replied at 7-9-2021 04:28 AM
Senang nya ye pakcik sebagai suami dan ayah..
Xmampu.... biar isteri n anak menumpang kat sedara ...
Kannnn duit jkm tu makan sorang keeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|