CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 0

Kardashian, West tak jadi bercerai?

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Kardashian, West tak jadi bercerai?




West pernah meluahkan hasrat mendapatkan perhatian Kardashian semula demi anak-anak. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Superstar realiti televisyen, Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian, 40, berkemungkinan tidak meneruskan perceraian dan bersedia kembali ke pangkuan suaminya yang juga penyanyi Hip Hop tersohor, Kanye West, 43.

Memetik laporan portal hiburan, gaya hidup dan budaya pop gergasi dunia, E! News, sumber mendedahkan, bukan sahaja tiada perkembangan terbaharu mengenai berita perceraian sejak Kardashian memfailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Februari lalu.

Malah, sumber E! News melaporkan, hubungan Kardashian dan West masih baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

"Kardashian tidak terburu-buru mahu meneruskan perceraiannya. Hingga hari ini, hubungan Kardashian dan West masih baik," kata sumber berkenaan.

Meskipun tidak tinggal sebumbung, namun Kardashian dan West masih keluar bersama termasuk bercuti ke San Francisco, AS bersama empat cahaya mata, selain berdua-duaan menikmati makan tengah hari di Malibu kira-kira dua minggu lalu.

Mengukuhkan kenyataan perasaan cinta masih wujud apabila Kardashian bersetuju membuat penampilan istimewa pada majlis pra-dengar album terbaharu West berjudul Donda, baru-baru ini.

Kardashian mengenakan gaun pengantin dan layar berjenama mewah.


Meskipun tidak tinggal sebumbung, Kardashian dan West masih keluar bersama termasuk bercuti ke San Francisco, AS bersama empat cahaya mata. - Foto AGENSI

Sementara itu, sumber dalaman memberitahu portal E! News mengenai hasrat West menyelamatkan rumah tangganya daripada hancur berkecai.

"Pasangan ini masih bahagia, malah Kardashian mahu meraikan momen istimewa sebagai satu keluarga.

"West juga berharap dapat memperbaiki hubungannya dengan Kardashian. Beliau pernah meluahkan hasrat untuk mendapat perhatian isterinya semula.

"Meskipun Kardashian bersetuju, namun sebelum tindakan selanjutnya dilakukan, mereka mahu memberi fokus untuk mengukuhkan asas perhubungan dan persahabatan agar menjadi lebih erat," lapor portal E! News.

Pada Februari lalu, The Associated Press melaporkan, berita perceraian pasangan selebriti itu disahkan wakil Kardashian, Christy Welder, namun tiada sebarang penjelasan terperinci mengenainya.

Berdasarkan dokumen perceraian difailkan menerusi peguam, Laura Wesser, Kardashian dilaporkan memohon hak penjagaan bersama empat cahaya mata, North, 7; Saint, 5; Chicago, 3; dan Psalm, 1, selain bersetuju membahagikan harta sepencarian.

Pasangan berprofil tinggi yang dikenali sebagai 'Kimye' itu mula berpacaran pada 2012 dan memiliki anak pertama setahun kemudian. Mereka berkahwin dalam upacara gilang gemilang di sebuah kubu abad ke-16 di Florence, Itali pada pada Mei 2014. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.350531 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list