CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 6

[Borneo] Bantuan Khas Covid-19 dibayar esok / Isnin 06/09/2021

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula esok (Isnin ini) dan dijangka selesai 10 September.

Memetik laporan akhbar Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang yang berkelayakan.

"Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu, justeru saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

"Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan. Proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BKC ialah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun lalu, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Kriteria kelayakan penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Bagi fasa satu, golongan miskin tegar merangkumi kategori isi rumah akan menerima bayaran RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang, masing-masing RM200.

Golongan B40 membabitkan kategori isi rumah akan menerima RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang masing-masing RM200.

Kumpulan M40 merangkumi kategori isi rumah akan bakal menerima RM250, manakala warga emas sebatang kara dan bujang masing-masing RM100.

Ismail Sabri berkata bayaran BKC seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dan pengumuman lanjut bakal dibuat oleh Kementerian Kewangan.

"Saya sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

"Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
BPR ke BSH fasa 3 tu bila pulak. Yang jumlah 1800 & 1200 bukan ada balance lagi fasa 3?  banyak sangat umum taktau mana satu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 01:07 PM | Show all posts
Dh lost count brapa byk financial aid gov bg sepnjg covid ni. Alhamdulillah & t.kasih. It helps. A lot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 07:29 PM | Show all posts
234126 replied at 5-9-2021 08:33 AM
BPR ke BSH fasa 3 tu bila pulak. Yang jumlah 1800 & 1200 bukan ada balance lagi fasa 3?  banyak sang ...
sama lah ... yang tau ada masuk... tak tau untuk mana satu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 07:31 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-9-2021 01:07 PM
Dh lost count brapa byk financial aid gov bg sepnjg covid ni. Alhamdulillah & t.kasih. It helps. A l ...
kan ...
kalau reti berjimat ... banyak tu ...
tu blom masuk lagi kat sini... tetiba ada bantuan makanan walaupun perumahan tak kena lockdown pun...
terima jer ... alhamdulillah...


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-9-2021 07:29 PM
sama lah ... yang tau ada masuk... tak tau untuk mana satu

check kat twitter dua dua masuk. BKC 6-10 sept
BPR fasa 3 9sept seterusnya. Idok la sure sahih ke tak tapinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2021 10:15 PM | Show all posts
234126 replied at 6-9-2021 10:08 PM
check kat twitter dua dua masuk. BKC 6-10 sept
BPR fasa 3 9sept seterusnya. Idok la sure sahih k ...
FC dengar2 pun gtu ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060881 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list