CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8728|Reply: 24

Rangkaian Burger Syukor berjaya jual SEJUTA burger sepanjang bulan Ogos

[Copy link]
Post time 4-9-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Syukor jual sejuta biji burger pada Ogos lalu
Wartawan MalaysiaGazette -
4 September 2021



KUALA LUMPUR – Burger Syukor milik syarikat bumipitera mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menjual satu juta biji burger sepanjang Ogos lalu.
Pengasasnya, Syukor Majid, jualan itu disumbang lebih 600 buah cawangan gerai seluruh negara dengan memberi 200 peluang pekerjaan baharu kepada orang ramai di sebalik pandemik Covid-19 ini.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan akan memiliki 1,000 buah cawangan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.
“Saya rasa macam mimpi angka satu juta itu berjaya dicapai, maklumlah kami baru saja memulakan perniagaan ini sembilan bulan lalu menerusi jenama Syukor Burger. Tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kita berusaha, pasti Tuhan buka jalan.
“Rasa nak menangis apabila usaha berbulan-bulan membuahkan hasil. Niat saya nak bantu buka peluang kerja kerana saat ini ramai yang terputus rezeki dan hilang sumber pendapatan.
“Sebagai usahawan tegar sejak tahun 2010, saya cuba tawarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang terkesan. Saya bukan wakil rakyat atau jauh sekali ahli politik, tapi saya nak bantu mereka yang bergelut,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang.


Kilang daging Syukor Burger terletak di Jitra, Kedah.

Syukor, 33, sebenarnya pernah mencetuskan kontroversi apabila tular kisah kereta Mustang berwarna merah dipandu isterinya ‘terbang’ menyeberangi parit di Bertam, Pulau Pinang tahun lalu.
“Kali ini saya bukan tular fasal kereta, tapi jualan burger pula. Lepas ini tak tahu tular apa pula.  Ikutkan waktu pandemik ini perniagaan sedia ada saya masih okey.
“Bisnes offline sedikit merudum. Produk saya dalam pasar raya, chainstore, farmasi dan restoran semua drop, maklumlah Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mujur bisnes dalam talian naik 300 peratus. Jadi, tak terkesan sangat malah lebih bagus dari sebelum datangnya pandemik Covid-19.
“Kilang makanan dan minuman masih mampu beroperasi seperti biasa. Lebih utama, tiada pekerja yang dibuang. Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Mengimbas kembali mengenai percubaan memasuki dunia perniagaan burger, bapa kepada dua cahaya mata itu gemar mencabar diri sendiri.
“Segala galanya bermula apabila tular berita kadar pengangguran naik mendadak akibat pandemik. Terdetik di hati untuk membantu mereka yang tersepit.

“Sekitar sembilan bulan lalu, pukul 4 pagi, datang satu ilham untuk berniaga rangkaian burger. Sejam selepas itu, saya whatsapp pembantu peribadi arahkan pasukan kerja untuk hadir mesyuarat tergempar beberapa jam selepas itu. Saya memang tak sempat tidur pun ketika itu.
“Pengetahuan tentang burger masa itu memang zero. Dalam masa yang betul-betul singkat, kami belajar buat semua, roti, patty, sos dan mayonis. Alhamdulillah sekarang sebut apa saja jenis burger pun kami sudah pandai buat,” katanya.


Syukor Burger kini memiliki lebih 600 cawangan gerai seluruh Malaysia.

Syukor sedar saat ini, ramai yang terhimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Namun dia bersedia menawarkan peluang niaga. “Ramai orang yang kekurangan wang. Jadi dalam hal ini mereka tak perlu keluar modal. Gerai burger dan bahan mentah pihak saya sediakan. Mereka hanya perlu fokus berniaga,” katanya.
Setakat ini, Syukor memaklumkan sambutan cukup menggalakkan.

“Malah ramai yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk buka francais Syukor Burger. Tapi saya terpaksa tangguh sementara idea membuka francais kerana belum bersedia.
“Saya nak fokus bantu mereka yang tersepit ini dahulu. Sebab dari awal niat nak bantu mereka yang tak ada kerja sekali gus membimbing mereka jadi usahawan sebenar,” katanya.

Syukor menambah, bukan mudah untuk bersaing dan kekal relevan di pasaran.
“Ilmu yang cukup, produk yang unik, pengagihan yang cekap, pemasaran berterusan dan paling penting dengan izin Allah SWT.
“Saya tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana jenama, hanya bersaing dengan pencapaian sendiri saja.

“Kalau terjumpa cawangan burger saya, sokonglah. Projek ni banyak bantu bina semula ekonomi mereka. Dengan pendapatan daripada bisnes ni mereka mampu beli susu, lampin pakai buang anak, bayar bil rumah dan sebagainya,” katanya yang boleh dihubungi di Instagram @syukormajid. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah mkn, sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Leh lwn ramli tak kesedapan beliyau?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 04:31 PM | Show all posts
sos cili and mayonis agak overrated kalau klem buat sendiri sbbnya aku rasa sgt generik.. rasa mayo and sos abam burger ramly ja pun... patty dia... hurrrmmmm,, agak besar and tebal, tapi lack of seasoning.. mmg kalau nak beli burger jalanan ni, ramly gak yg sedap.. ni review jujur, lain org lain ctarasa... tapi disebabkan aku peminat burger, aku agak hampa la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya matlamat dia. Win2 situation. Dia dpt untung pada masa sama bantu org cari rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nope
patty dia mmg besar tp rasa krik2 sngt
xleh lawan rasa beger ramly
ke sebab dr kecik makan ramly pastu dh sebati dengan deria rase ke cmne? huhu
tp utk meols, xkan repeat dh la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni buleh la buat resto burger.
ramly burger ada buat resto tapi berdasarkan pengalaman aku beli burger set kat sana dulu, servis lambat.
tataula now dah laju ke.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar mmg besar tp sayang patty dia kureng
Ada bau tk best mcm patty murah
Ramly the best

Sygla bisnes dia kencang kot tp rasa out
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-9-2021 04:28 PM
Leh lwn ramli tak kesedapan beliyau?

Tak boleh... Ramly cukup rasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 05:29 PM | Show all posts
meah_kelabu replied at 4-9-2021 05:00 PM
nope
patty dia mmg besar tp rasa krik2 sngt
xleh lawan rasa beger ramly

harga berapa mahal dari burger ramly kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap peniaga untung sebiji 1.50
Ok la kan ..ada bro tmpt aku ckp restock 1kpg patty

Tp honestly aku mmg tk repeat
Laki aku ni jenis awl2 belum rasa akan kondem.
Sbb tgk aku beria nk beli sgt
Ywlah kedai dia ni jauh. Aku lak hari2 ckp nk beli
Bila dpt keluar gua.  So dptla beli

Tp betul2 krik2
Sos sgt biasa2
Patty out of taste rasa tpung
Dh la tk letak lada hitam

Diorg ni lidah mcm mana
Knpa rnd diaorg tk buat btul2..

Syg sungguh bisnes org kita nanti melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 4-9-2021 05:26 PM
Tak boleh... Ramly cukup rasa

Tp aku suka burger daging ramli jah.ayam aku x suka.burger ayam brand ayam dinding lg sdp
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 08:30 PM | Show all posts
belum pernah jumpa kioks dia...
aku suka burger mmg nak try..
kebanyakka gerai burger yg aku belu kebanyakkan guna daging/ayam ramly..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xpernah jmpa..kt kl/ slgr ada ke?
dia bkn ank didik mickey kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-9-2021 05:29 PM
harga berapa mahal dari burger ramly kan?

mahal jugak. tp bila tgk saiz tu kita akan kata ok la kot harga mcm tu
beli 1 pn bole share 2 org makan tp sbb rasa out tu la, 2 org makan pn xhbes
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 12:54 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 5-9-2021 12:56 AM

I suka ada melayu bgini..contohi ramly burger camno dia sustain in business.ini penting jugak utk kena berrtahan bpuluh thn.
Kalau ada org compare dgn ramly pun..biarkan lah.takkan nak rasa sebijik ssjebon.
Rasa tu boleh improve lagi ke apa.Kena susun strategy
Ehhjh mcm laaa dia baca wakkakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau pon burger shukor ni brand. Ada satu dekat ngan rumah, xpernah cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
1) 1juta burger/600 outlet = 1667 burger/outlet
2) Assume kerja 6 hari = 69 burger/hari
3) Assume kerja 4 jam sehari = 17 burger/jam = 1 burger 3.5 minit (possible).

4) Assume 1 burger jual = RM6
5) Kos bahan = RM0 (based on founder comment)
6) Assume revenue split: 60:40 (40 untuk founder sebab commission 25% and kos bahan 15%, assume je)
7) Profit to outlet/day = RM3.6 x 69 = RM248
8) Profit to outlet/mth = RM248 x 24 = RM5.9k
9) Sbb setiap outlet ada 3 org pekerja (avg) = RM2k/person

Hmm, I rasa ok kot cause opex is 0, tinggal nak masak je. Basically 2k is kos upah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 5-9-2021 12:54 AM
I suka ada melayu bgini..contohi ramly burger camno dia sustain in business.ini penting jugak utk ke ...

true.aku pun sapot je bisnes melayu mcm ni
takyah la nak compare ramly la mekdi la tu semua
kalo semua rasa sama je, baik takyah buat bisnes
mana2 melayu yang ada usaha nk berjaya ke depan,akak sapot jah mana2 yg akak mampu. bukan je jual burger..kalo ada sapa2 jual tahu begedil ke,kek ke,cookies ke apa sume tu, akak akan beli sbb nk sapot ekonomi ummah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
uishhh tetiba teringin nk mkn burger mlm2 nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.225694 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list