KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga (buruk) melibatkan pantai barat di Sabah sehingga Sabtu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 8 malam ini, hujan lebat dijangka berterusan di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Kenyataan itu menyebut angin yang bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di lokasi terbabit.- BERNAMA
sabahpost.net/2021/09/04
|