CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 0

[Borneo] Notis pemberitahuan harga siling kit ujian Covid-19 perlu diumumkan lebih awal

[Copy link]
Post time 3-9-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Persatuan Farmasi Sabah (SPS) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengenakan harga siling RM19.90 kit ujian saliva COVID-19 tetapi notis pemberitahuan perlu diumumkan lebih awal.

Presiden Persatuan Farmasi Sabah Jemima Ho Wan Dien berkata, notis pelaksanaan harga siling itu seharusnya diumumkan lebih awal kepada semua pihak pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaan dasar baharu itu berjalan lancar.

"Berhubunglah dengan para pemegang taruh sebelum melaksanakan dasar baharu itu dan janganlah membuat keputusan tanpa pengetahuan golongan profesional dalam perkara ini.

"Pihak farmasi sentiasa bersedia membantu usaha kerajaan melaksanakan polisi yang baik demi rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak dinafikan usaha sedemikian adalah sangat baik kepada rakyat khususnya mahu komuniti membuat ujian kendiri bagi memastikan masyarakat bebas daripada jangkitan COVID-19.

Katanya, SPS juga faham bahawa staf dalam sesetengah sektor wajib untuk melakukan ujian saringan COVID-19 setiap dua minggu.

"Oleh itu, kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menurunkan harga siling kit ujian berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak farmasi dan kemudahan kesihatan lain tidak bersedia dalam soal berkenaan kerana keputusan itu dilakukan secara tiba-tiba dan berkuatkuasa 5 September 2021.

"Malangnya, harga kos seunit kit ujian yang terdapat dalam bekalan setiap farmasi di Sabah sebelum ini adalah melebihi RM19.90," katanya.

Katanya, harga jualan yang dicadangkan oleh pihak pemborong kepada farmasi juga tidak membawa keuntungan besar kepada farmasi.

Menurutnya, orang ramai harus tahu bahawa kits ujian Saliva COVID-19 hanya dibenarkan dijual oleh farmasi yang diiktiraf kerajaan. Bagaimanapun, tidak dinafikan ia turut dijual dalam media sosial, kiosk dan sebagainya.

"Pihak farmasi menyeru para pengguna untuk hanya membeli kit itu daripada pengedar sah, dengan ketepatan kit ujian Saliva, kita mampu mengawal pandemik ini dengan lebih baik seterusnya memutuskan rantaian COVID-19 khususnya varian Delta.

"Orang awam dinasihatkan untuk melayari www.mda.gov.my untuk mendapatkan data terkini mengenai kit ujian Saliva COVID-19," katanya.


oleh
Yap Siong Han

Kredit: Utusan Borneo Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053828 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list