CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 5

[Perlis] Wanita berdepan tuduhan curi tabung masjid, bebas selepas dijamin BERSATU Perlis

[Copy link]
Post time 3-9-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Wanita berdepan tuduhan curi tabung masjid, bebas selepas dijamin BERSATU Perlis[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - September 3, 2021 @ 2:01pmbhnews@bh.com.my


Nor Amira Roslan



Kangar: Tukang cuci sambilan yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri wang RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh di Padang Besar pada 28 Ogos lalu, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Nor Amira Roslan, 28 ditahan dalam lokap Balai Polis Kaki Bukit, Padang Besar kerana gagal membayar wang jaminan RM2,000 ditetapkan mahkamah, dibebaskan selepas jaminan itu dilunaskan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah, di Mahkamah Kangar, hari ini.

Tertuduh bagaimanapun tetap perlu menghadiri sebutan semula kes berkenaan yang ditetapkan di mahkamah sama pada 4 Oktober hadapan.

Nor Amira ketika ditemui memohon maaf atas perbuatannya itu dan berjanji tidak mengulanginya.

"Saya mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan ulangi lagi. Bantuan daripada pelbagai pihak untuk mulakan hidup baru saya hargai.

"Selain itu, saya juga ucapkan jutaan terima kasih terutama kepada Abu Bakar yang sudi menjamin kerana saya sudah terfikir untuk dipenjara. Syukur saya masih diberi peluang untuk buka 'buku' baru

"Saya amat hargai keprihatinan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah sejurus dibebaskan.

Sementara itu, Abu Bakar ketika ditemui berkata, pembayaran wang jaminan Nor Amira itu dilakukan sebagai keprihatinan BERSATU Perlis melihat isu yang sedang berlaku di negeri ini dalam situasi pandemik sekarang.

"Kami mendapat arahan daripada kepimpinan BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang meminta kes ini diselesaikan segera.

"Jadi, dalam semangat kekeluargaan ini, kita mahu isu ini diselesaikan segera terutama dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

"Dengan pertolongan ini, kita boleh memberitahu pada rakyat bahawa kerajaan memandang serius berkenaan masalah kecurian dan sebagainya, walaupun kita tahu perbuatan mencuri itu salah dari agama dan undang-undang," katanya.

Proses pembayaran wang jaminan itu turut dihadiri peguam, Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Terdahulu, Nor Amira tiba di mahkamah pada jam 12.50 tengah hari diiringi anggota polis sebelum pembebasannya dilakukan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 07:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2021 07:28 PM | Show all posts
Alhamdulillah ada pihak yg membantu. kesusahan orang kita tak tau .
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa rugi ke bantu org positif syabu nih? Padahal duit tu boleh channel kat org yg lebih memerlukn
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
punca/mengapa dia mencuri tu jer aku nk tau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah laaa jangan buat lagi
dok mendadih hape bagai
sudah2 laa tu
nasib ada yang menolong
tuah di pihak ko sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061101 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list