SIBU: Tujuh lelaki dicekup ketika leka berjudi di sebuah premis di Jalan Foochow di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mereka yang berusia 58 hingga 64 tahun ditangkap pada jam 1.10 tengah hari.
"Semasa serbuan, polis mendapati kesemua lelaki sedang berkumpul di dua meja dan sedang leka bermain permainan judi jenis 'Tou Gee' dan 'Mahjong'," katanya dalam satu kenyataan pada Khamisi.
Kesemua suspek melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT)1953.
Katanya lagi, polis juga merampas sebuah meja, tiga kerusi plastik dan pelbagai peralatan perjudian sebagai bukti kes.
Stanley berkata, semua suspek juga didapati melanggar peraturan kerana berkumpul melebih dua orang dan dikompaun di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(LLDKTJ) (PPN) 2021.
Kesemua mereka yang ditahan telah diarah menjalani ujian calitan Covid-19 dan keputusan adalah negatif.
Semua suspek telah dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.
utusanborneo.com.my/2021/09/03
|