CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5898|Reply: 21

Aliff Aziz Semakin Alim, Ibu Pesan Jangan Sia-Siakan Usia Muda Lagi

[Copy link]
Post time 3-9-2021 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa ada bersamanya tidak kira apa jua keadaan sekali pun.


Menurut Aliff, ketika dia mengharungi fasa hidup yang agak sukar, kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapanya menjadi antara pemangkin semangat untuk dia terus berubah kearah kebaikkan.




Foto: IG




“All my life, you stood by me. When none else was ever behind me. All these lights, they can’t blind me. With your love,
nobody can drag me down.


“Pinjaman dari Allah yang tiada ganti. Through my bright and dark phases you two have always been there. Alhamdulillahirabbil’alameen,” tulisnya.


Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sayang Sayang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.


Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Bella Astillah ini turut berharap agar dia dikurniakan waktu yang cukup untuk terus berbakti buat kedua ibu bapanya itu.




  



“I just pray that Allah will bless me with enough time to show you how grateful I am for all your sacrifices for me.


“Though i can never repay your sacrifices, i will do my best to make you happy as you two deserves nothing less than that. Insyaallahuta’ala. Love you Umi and Ayah,” ujarnya lagi.


Entri berkenaan turut dilihat mendapat perhatian daripada ibu kepada Aliff yang turut berkongsi reaksinya di ruangan komen.


  



“Allahuakbar ya robb. Alhamdulillah, masyaallah this brought happy tears to me. Sayang kami pada anak-anak tiada nilainya. If only all children knows how much their parents love them without any agenda and unconditionally masyaallah semua akan benar-benar sayang pada kedua-dua ibu bapa.


“Kami hanya ingin melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Umi sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan abang peluang untuk mencari fitrah diri,” luahnya.


  



Dalam pada itu, ibu kepada Aliff itu turut berdoa agar anaknya itu terus istiqomah dalam mengejar cinta Allah SWT.


“Abang hanya pinjaman pada kami bukan hak kami tapi hak allah jadi kembalikan hak Allah semasa hidup ini dengan taat pada perintah NYA nescaya you will find peace in your heart.


“Jangan sia-siakan masa muda Abang lagi. Umi dan ayah doakan semoga Allah permudahkan perjalanan, perjaungan dan lindungi abang hingga ke jannah. Allah maha baik aamiin yra,” akhirinya.


  



  



Sebelum ini, kisah mengenai penghijrahan Aliff telah pun menarik perhatian ramai pihak dan mereka juga turut dikatakan gembira selepas melihat perubahan tersebut.


Aliff juga dikhabarkan telah menyertai kumpulan tabligh untuk keluar selama tiga hari bagi mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu agama. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Di maafkan kerana rupa herlok
Lupakan beberd beterbangan

Tp kalau wosimah teda maap bgimu
Molap konon
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nabelah bila nak berkelubung dan berhenti mengedik tiktok ala bbnu #modesetajah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:06 AM | Show all posts
If u wanna change, good.
No matter who you were, kalau nak berubah ke arah kebaikan, bgs la.
But....
X perlua la every step kene upload.
Nnt niat nye dah jadi lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
comel anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:21 AM | Show all posts
tak pernah minat aliff ni sbb adik2 sgt tak masuk selera aku. tpi last tgk tgk dia kat tv dgn berjambang wahh machonya abang ni. sedap pulak dia nyanyi lagu omputih tu cam nasyid sikit. terus minat dah....hahaha . tak pernah ambik tau kisah dia sebelum ni sbb bagi aku setiap manusia ada perjalanan hidup sendiri. biasanya yg teruk tu akan jadi lebih matang kalau dah jumpa jalan nan lurus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
alip ni join tabligh malaysia ke singapore? Tabligh singapore ni seram aku nengok diorg mcm terlu extreme dari tabligh malaysia. Aku ada few customer tabligh singapore amboi aku nengok dah mcm ketua geng kongsi gelap dengan ada yg siap bertatu. Ntah lah bg aku skang ni zaman dah canggih boleh je buang tatu tu atau pudarkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:53 AM | Show all posts
risau nengoknya sebab perubahan sangat mendadak
kena pelan pelan
tapi harap2 istiqomah lah
risau bila dia mula berlakon menyanyi balik nanti

dah makin hemsem
"gigi arnab" beliyau dah takder

semoga keluarga muda ini terus bertahan dan bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 3-9-2021 10:14 AM
Di maafkan kerana rupa herlok
Lupakan beberd beterbangan


Jgn la prcaya org berubah tu baik sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 3-9-2021 11:53 AM
risau nengoknya sebab perubahan sangat mendadak
kena pelan pelan
tapi harap2 istiqomah lah

Jgn la percaya sgt yg berubah mcm ni. Mmg dekatkan diri kpd ALLAH tp bkn bole control nafsu. Lebih2 lg artis mcm dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 12:24 PM | Show all posts
lepas video burung terjongket2 di toilet terus kurang popular mamat ni. sebab netizen semua kecewa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak berubah bagus lerr
ko pun bukan muda sayang3 lagi dah pun
iol suka nyanyian adek heol
sedapp
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berubah alhamdulillah. Nakal sangat dulu tu. Doa orang orang yg sayangkan dia di sekeliling tu makbul kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bininye bila nk berenti joget kat tiktok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:19 PM | Show all posts
seee lelaki boleh berubah kan dekk???

lain la shok kaki mabuk dan penageh dan si pelawak bapak ayam tapi tak nak mengaku tu...
dah kahwin2 pun jadi bapak ayam lagi... rupa dan perangai nak sama masing2 tu tanda2nya memang takkan berubah la kot agittew...

lain la yang rupa elokkk2 ni... tengok la lama2 perangai deorang jadi elok jugak seperti wajah mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie: risau nengoknya sebab perubahan sangat mendadakkena pelan pelantapi harap2 istiqomah lahrisau bila dia mula berlakon menyanyi balik nantidah makin hem ...



Auntie xyah risaukan dia. Nabelah ada. Hehe kita doakan je la dia terus baiki diri. Kita pun sama kan kena usaha baiki diri hari demi hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 10:50 PM | Show all posts
lupakanlah kisah pensil 2b bertebaran tu...istiqomah hendaknya...bawa isteri tu skali...gedik naww kt tiktok lebih dr bbnu je kelaku..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga istiqamah alif
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah hensem berjambang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Time covid ni ramai yg jadi alim...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.288906 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list