CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 1

[Sabah] Lebih 200 kanak-kanak bawah lima tahun positif COVID-19

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:40 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seramai 229 kanak-kanak berumur di bawah lima tahun disahkan positif COVID-19 daripada 2,430 kes di Sabah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, seramai 29 bayi berumur setahun ke bawah antara yang dijangkiti COVID-19.

Menurutnya, seramai 200 kanak-kanak berumur dalam lingkungan setahun hingga lima tahun turut direkodkan sebagai kes baharu positif di negeri ini.

"Sebanyak 466 kes membabitkan pesakit berumur dalam lingkungan enam hingga 17 tahun, 1,507 kes melibatkan pesakit berumur 18 hingga 59 tahun, manakala 228 kes merekodkan pesakit berumur 60 tahun ke atas.

"Daripada 2,430 kes yang direkodkan pada Rabu lepas, sebanyak 697 kes adalah mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin, 313 kes menerima satu dos vaksin, 695 kes belum layak menerima vaksin 695, dan 725 kes lagi belum menerima vaksin," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Kluster Sawit Kinabatangan 2 yang direkodkan kelmarin adalah kluster jenis tempat kerja yang dikesan di ladang sawit Mukim Sukau Kinabatangan.

Masidi berkata, kes indeks iaitu lelaki warga Indonesia berumur 19 tahun yang bergejala sejak 18 Ogos lepas sebelum disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.

"Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 123 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut disahkan positif COVID-19.

"Siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

"Setakat semalam, seramai 124 orang disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini," katanya.

Dalam pada itu jelasnya, sebanyak empat lokaliti diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 16 September depan.

Beliau berkata, kawasan berkenaan termasuk Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2 Telupid, Kampung Tagaroh Kota Marudu, Kilang dan kuarters Kilang Papan Cargo Timber Kampung Biah Keningau, dan Kampung Dumpiring Bawah Ranau.

Selain itu katanya, empat lagi lokaliti yang menjalani PKPD sejak 20 Ogos lepas ditamatkan PKPD hari ini iaitu Kampung Tanjong Pagar Sipitang, Kampung Padang Tembak Keningau, Kampung Jawa Tawau, dan Setinggan Kampung Baru Luyang Penampang.



utusanborneo.com.my/2021/09/02


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 02:28 PM | Show all posts
kanak kanak tu ...

moga mereka di lindungi dan cepat sembuh ... aamiin ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.653463 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list