CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4277|Reply: 3

Ibu bapa, penjaga perlu kongsi soal kematian

[Copy link]
Post time 2-9-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa, penjaga perlu kongsi soal kematian


Bantu anak memahami kesedihan dan emosi yang dialami akibat kematian insan disayangi. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kematian insan tersayang bukan sesuatu perkara mudah untuk diterima sesiapa sahaja terutama kanak-kanak.

Justeru, menjadi satu cabaran untuk memaklumkan kepada mereka insan yang disayangi sudah meninggal dunia.

Pensyarah Perubatan Kanan dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Rahima Dahlan@mohd Shafie, berkata cabaran itu menyebabkan sama ada ibu bapa atau penjaga memilih menyembunyikan emosi sebenar dan cuba mengelak apabila berhadapan tragedi kematian untuk berbicara soal itu.

Katanya, terdapat beberapa faktor ibu bapa membuat keputusan sedemikian termasuk merasakan anak mereka tidak akan memahami lagi keadaan yang berlaku.

"Selain itu, ibu bapa mungkin berpendapat anak tidak menyedari perubahan dalam emosi dan tingkah laku ibu bapa dengan menyembunyikan emosi.

"Ini akan menyebabkan anak-anak merasakan kematian adalah perkara yang tidak baik, mungkin disebabkan kesalahan mereka dan enggan berbicara mengenainya," katanya.


Dr Rahima Dahlan@Mohd Shafi.

Ketika ini, ramai ibu, bapa atau salah seorang daripadanya, adik-beradik, saudara terdekat dan kawan dikenali meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat dijangkiti COVID-19.

Berita kematian itu pula mendadak dan tidak dijangka.

Oleh itu, Dr Rahima berkata, ibu, bapa atau penjaga perlu memberikan sokongan yang positif apabila anak mereka melalui tempoh kehilangan yang sukar.

Katanya, bagi kebanyakan anak, kematian tidak selalunya dilihat hanya daripada sudut emosi, malah mereka juga akan mencari cara berlainan untuk meluahkan perasaan ketika dalam keadaan kehilangan itu.

"Ada pelbagai reaksi normal berbentuk luahan emosi, fikiran, tingkah laku dan mungkin gejala fizikal.

"Selain itu, ada yang mungkin menunjukkan pelbagai emosi seperti mudah terkejut dan sensitif, menangis, gelisah, marah, perubahan tingkah laku seperti sentiasa bersama ibu bapa atau mungkin juga memilih untuk memendam rasa," katanya.

Namun, fasa itu bukanlah untuk selama-lamanya, oleh itu, penting ibu bapa mengetahui tahap pemahaman anak mengenai kematian mengikut tahap perkembangan usia mereka.

Katanya, bagi kanak-kanak berusia tiga sehingga lima tahun, mereka melihat kematian sebagai sesuatu yang bersifat tidak kekal, boleh diubah dan bukan peribadi.

"Ini kerana dalam cerita yang mereka sering baca atau tonton, watak yang mati akan sering bangun semula dan ini adalah wajar bagi peringkat usia berkenaan untuk berfikiran seperti itu," katanya.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak berusia lima sehingga sembilan tahun, kebanyakan mereka mula memahami semua benda hidup akhirnya akan mati.

Namun katanya, mereka cenderung untuk tidak mengaitkannya dengan diri sendiri atau merasakan bahawa mereka mampu menghadapinya.

"Bagi yang sudah berusia sembilan tahun sehingga remaja, mereka mula memahami sepenuhnya kematian tidak dapat dielakkan dan turut sedar suatu hari nanti mereka juga akan mati," katanya.

Dr Rahima berkata, terdapat beberapa panduan dapat membantu ibu bapa berbicara soal kematian dengan anak mereka bagi memberikan sokongan positif ketika melalui waktu sukar.


Foto hiasan - Fail NSTP

Ibu bapa boleh berkongsi perasaan dengan anak-anak bagi mengelak anak berasa terpinggir dan seterusnya memaklumkan segera secara jujur mengikut tahap pemahaman mereka.

"Usaha ini dapat membantu anak memahami kesedihan dan emosi yang akan dialami dalam tempoh berkenaan.

"Selain itu, boleh menggalakkan anak-anak berkongsi emosi dan kesedihan supaya mereka tahu tiada apa perlu ditakutkan atau menyakitkan hati sehingga tidak boleh dibawa berbincang.

"Ibu bapa juga boleh meyakinkan yang mereka sentiasa menyayangi anak-anak dan kematian berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan mereka," katanya.

"Mereka juga boleh membantu anak memahami kaitan antara kematian dan emosi dialami.

"Ini jelaskan dengan mudah dan ringkas, terutama anak-anak yang masih kecil dan belum memahami makna kematian sepenuhnya.

"Elakkan menggunakan perkataan 'pergi', 'hilang' dan 'tidur' bagi menerangkan mengenai kematian.

"Cuba berikan contoh yang biasa dan mudah difahami seperti memberitahu sesuatu yang hidup apabila sudah mati tidak lagi bernafas, bercakap, makan atau berbuat apa-apa lagi," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengelakkan memberikan penjelasan kurang jelas walaupun bunyinya menarik kerana ia akan membuatkan anak keliru dan mungkin menakutkan mereka.

"Galakkan anak bertanya soalan bagi menilai tahap pengetahuan dan pemahaman mereka dari semasa ke semasa memandangkan pengalaman dilalui mereka mungkin berbeza dan sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

"Justeru, ibu bapa perlu sentiasa bersedia dan berfikiran terbuka bagi menjawab persoalan yang pastinya sukar untuk dibincangkan," katanya

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 08:22 AM | Show all posts
with the current pandemic situation, wa rasa rata2 kanak2 relatekan kematian berlaku apabila seseorang tu sakit covid-19....atau kematian berlaku bila seseorang itu stress and bunuh diri....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak jangka perasaan kanak2 yang kehilangan.. They can look happy but apa terbuku dalam hati dorang tu susah nak decipher. As caregivers, biar mereka grieve.. Kalau tak boleh share in thoughts.. Share by drawing it. I always have soft spots for grieving children..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts


who needs that comfort more???? tanya anak buah manak yg 7 tahun tuh????

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.404410 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list