View: 2511|Reply: 9
|
Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok
[Copy link]
|
|
Tolochko mengakui kini menjalin hubungan cinta dengan bekas abu rokok. - Instagram
Ahli bina badan curangi ‘isteri’, jatuh cinta dengan bekas abu rokok
ALMATY, Kazakhstan – Seorang lelaki berumur 36 tahun yang pernah berkahwin dengan sebuah patung wanita kini mengaku jatuh cinta pandang pertama dengan sebuah bekas abu rokok gergasi, lapor akhbar The Sun semalam.
Perbuatan ‘curang’ itu menyebabkan rumahtangga Yuri Tolochko berantakan.
Tolochko berkahwin dengan patung dinamakan Margo dalam satu upacara tradisional di hadapan berpuluh-puluh tetamu pada November 2020.
Dia mendakwa pertama kali berkenalan dengan Margo di sebuah kelab malam. Pasangan itu dijadualkan berkahwin pada Mac tahun lalu sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.
Menurutnya kepada akhbar Daily Star, majlis perkahwinan itu ditangguhkan buat kali kedua selepas dia diserang di sebuah perhimpunan transgender di bandar raya Almaty, Kazakhstan pada 31 Oktober 2020 sebelum akhirnya berkahwin dengan Margo.
Bagaimanapun, ahli bina badan dari Kazakhstan itu kembali mendedahkan di laman Instagram bahawa dia kini menjalin hubungan cinta dengan bekas abu rokok.
“Saya fikir, saya telah jatuh cinta sekali lagi,” katanya bersama hantaran gambar dia memeluk bekas abu rokok gergasi itu.
“Saya berjanji akan memberitahu anda mengenai objek ini,” tambahnya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali ko tunggu je la kat sepital Tanjong Rambutan tu. Macam2 cerite lagi ko boley dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe something wrong kt otak dia
Pituari ape tah nmnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya bod current issue dah upgrade to another level.
Mari bincangkan!
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya heol ni
tapi lantak laa
asalkan tak menyakiti orang |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 2-9-2021 09:24 PM
Maybe something wrong kt otak dia
Pituari ape tah nmnya
Pituitary gland |
|
|
|
|
|
|
|
Sah sakit mental sel2 dah tak berhubung lagi banyak sangat makan tah hapa2 dalam process nak bina badan gaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 4-9-2021 01:03 PM
Pituitary gland
Thank u gojes |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. kena g jumpa Dr ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|