CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 5

[Kedah] Kanak-kanak OKU meninggal dunia positif Covid-19

[Copy link]
Post time 2-9-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak OKU meninggal dunia positif Covid-19[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


Jenazah Muhamad Haikal yang dijangkiti Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Lembah Bujang, hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA





Sungai Petani: Sejak dilahirkan lima tahun lalu, seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu terbaring dan minum susu melalui tiub berikutan keadaan dirinya tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun, kanak-kanak malang terbabit, Muhamad Haikal Hakimi Abdullah yang dilahirkan pramatang itu menghembus nafas terakhir Isnin lalu kerana menjadi mangsa Covid-19.

Allahyarham Muhamad Haikal Hakimi meninggal dunia di rumahnya di Flat Paya Nahu, di sini, dan kejadian itu disedari ibunya selepas melihat arwah tidak lagi bergerak.

Bapa saudaranya, Juhaza Ahmad, 35, berkata ibu arwah yang melihat dia tidak bergerak kemudian menghubungi ambulans pada 2.30 pagi untuk meminta bantuan.

"Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang melakukan pemeriksaan dan jenazah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan, dia didapati positif Covid-19 dan ibu, bapa serta abang arwah turut dijangkiti dengan semua mereka kini menjalani kuarantin di rumah," katanya.

Menurutnya, jenazah anak saudaranya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Lembah Bujang pada 12.15 tengah hari, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, setakat ini lima kanak-kanak bawah 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas positif Covid-19 di negeri ini.

Menurutnya, jumlah itu termasuk Muhamad Haikal Hakimi yang meninggal dunia di rumahnya dan hasil pemeriksaan lanjut sebelum proses bedah siasat mendapati dia positif Covid-19.

"Setakat ini, kita sahkan kanak-kanak berkenaan positif Covid-19, namun punca kematiannya bergantung kepada keputusan bedah siasat yang akan diperoleh dalam tempoh terdekat," katanya.





Disiarkan pada: September 2, 2021 @ 7:01pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..
Syurgalah tempat mu dik
Takziah kpda ahlia keluarga adik Haikal
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah   
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah diucapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 12:00 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un~
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Muhamad Haikal Hakimi.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044609 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list