CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

Layan cite seram, fiksyen dapat bantu individu tenang berdepan dgn pandemik Covi

  [Copy link]
Post time 2-9-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
mstar.com.my
Filem seram, fiksyen mampu bantu seseorang berdepan pandemik dengan lebih baik - Kajian
Khamis, 02 September 2021 10:30 AM
4-5 minutes

Menonton filem seram boleh membantu mengharungi pandemik dengan lebih baik.

SIAPA sangka menonton filem seram atau berkaitan bencana alam, wabak dan serangan zombi dapat memberi impak positif kepada mental seseorang terutamanya dalam tempoh pandemik ketika ini.

Pakar psikologi Universiti Chicago, Dr Coltan Scrivner menjelaskan, filem genre itu mampu membantu seseorang mengatasi situasi dalam dunia nyata melalui fiksyen.

"Jika filem itu bagus, maka ia boleh menarik perhatian seseorang dan mengambil sudut pandang daripada karakternya bahkan tanpa disedari anda akan rasa lebih tenang," katanya.

Dr Coltan dalam kajiannya meminta 310 responden menonton filem berkaitan dengan pandemik dan penyelidik kemudiannya bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kemurungan, rasa terganggau, kebimbangan atau tahap rasa mengantuk.

Filem seram dapat mengurangkan rasa bimbang dan mengalihkan perhatian terhadap dunia sebenar.

Hasil kajian itu mendapati bahawa seseorang yang menyukai filem seram memiliki ketahanan lebih kuat dalam suasana pandemik.

Manakala mereka yang biasa menonton filem fiksyen seperti alien, berkaitan kiamat dan zombi memberi impak lebih kuat dan bersedia menghadapi suasana pandemik ketika ini.

Dr Coltan menyimpulkan responden yang menonton filem dengan kejadian lebih menakutkan diketahui lebih kuat dalam menghadapi pandemik dan Covid-19.

Ini kerana mereka menyerap maklumat mengenai bagaimana sesuatu karakter bertindak dalam situasi dipaparkan dalam filem. Filem juga boleh membuatkan pemikiran seseorang memproses maklumat tentang konflik yang berlaku meskipun ia sekadar fiksyen.

"Meskipun ia fiksyen namun penonton boleh menggunakan maklumat itu sebagai strategi dalam dunia nyata dan membuatkan mereka ini lebih tenang dalam menghadapi pandemik," jelasnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059662 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list