CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3759|Reply: 28

[Tempatan] 64.7 peratus maahad tahfiz diarah tutup operasi

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode
64.7 peratus maahad tahfiz diarah tutup operasi
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Ogos 30, 2021 @ 2:15pm
[email protected]



Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia, perlu menutup operasi. - Foto hiasan



KUALA LUMPUR: Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia, perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.

Presiden Permata Al- Quran, Manolito Mohd Dahlan, berkata ia berdasarkan kajian pihaknya terhadap sebanyak 512 maahad tahfiz di negara ini.

Selain itu katanya, kajian turut mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhentikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus).

Tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (38.1 peratus) dan menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampuan (85.4 peratus).


Katanya, secara keseluruhan ketika ini terdapat sebanyak 1,198 maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JAKIM dengan 84,643 murid dan 10,357 guru.

"Setakat ini kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, JAIN dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sudah membantu dengan memberikan bantuan secara 'one off' kepada maahad tahfiz seluruh negara.


"Bagaimanapun sejak Mac 2020 apabila berlaku pandemik COVID-19 operasi maahad tahfiz swasta berkenaan terjejas teruk," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu dilaporkan di media, 60 maahad tahfiz di Perak di ambang kritikal menjelang September 2021.

Selain itu, turut dilaporkan adalah pusat tahfiz tiada wang untuk membayar gaji 8,000 guru, berikutan yuran tertunggak serta dianggarkan 10 peratus pusat tahfiz seluruh negara terancam.

Manolito berkata, maahad tahfiz adalah salah satu benteng utama umat Islam untuk memahami Al-quran serta melahirkan pemimpin berjiwa Quranic.

Oleh itu katanya, ia perlu diselamatkan bagi mengelak lagi pemberhentian kakitangan, tiada pemotongan gaji kakitangan malah penutupan operasi.

"Justeru Permata Al- Quran memohon kerajaan membantu menyalurkan bantuan perkapita atau bantuan khas kepada kakitangan termasuk guru, kerani, warden, tukang masak dan pekerja am.

"Menyalurkan bantuan segera peralatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bayaran talian internet kepada ibu bapa yang bermasalah.

"Selain itu turut membenarkan maahad tahfiz beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Beliau turut meminta Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM, JAIN dan MAIN supaya membantu maahad tahfiz di seluruh Malaysia dari terus terancam dan menutup operasinya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dewan besar itu kipas bnyk itu saja?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 11:46 AM | Show all posts
nama shj negara Islam...memalukan, telor mana ..???
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
salah ph kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 11:52 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 2-9-2021 12:01 PM

asalkan bukan dapig khennn...



Tanpa kita sedar, zaman PH kebajikan institusi Islam seperti sekolah tahfiz dibela dengan baik..

Kenapa di dalam kerajaan majoritinya pemimpin melayu-Islam UMNO-PAS-BERSATU makin terbiar pengajian Islamnya?

InshaAllah ia akan jauh lebih cemerlang apabila DSAI menjadi nakhoda negara..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 11:54 AM | Show all posts
Kerajaan sila ambil perhatian akan perkara ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tutup. Sekolah kerajjaan dah banyak kat merata tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 2-9-2021 11:36 AM
Dewan besar itu kipas bnyk itu saja?

Diorg pakai aircond
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anamia replied at 2-9-2021 12:07 PM
Diorg pakai aircond

Aircond celah mana tempat tu terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 2-9-2021 12:10 PM
Aircond celah mana tempat tu terbuka

Pernah g masjid tak kak? Kak ke abg ni? Kat masjid pun byk aircond, n terbukak je pintu seluas alam. Maahad tahfiz yg betul2 operasinya akan bg keselesaan pd student. Parents byr utk keperluan & kemudahan anak. Please someday g lawat tahfiz orka mcmana bangunan n facilities. Lebih dari skolah kerajaan. Sbb tu tak boleh marah bila keadaan mcm ni berlaku. Tahfiz also part of businesses. Kalau nak belajar pondok lain cterrrr. Kipas takde apatah lg aircond. Angin sepoi2 je dpt
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:18 PM | Show all posts
Iols setuju.
Ni bagus utk jaga kebajikan sekolah ni.
Senang nak monitor aktiviti mereka.
Make sure ustaz-ustaz yg mengajar ni ada kelayakan yg sepatutnya.

Kalau tidak asyiklah keluar mintak derma, sbb tak boleh nak bayar bil elektrik la, takde duit nak renovate lah.
Lepas tu bila org derma, duit tu tak jugak pergi utk kebajikan sekolah.
Ustaz-ustaz yg tukar kereta.
Budak-budak kena kerah kutip sumbangan.

Ada pulak parents yg bila anak-anak start liar, tak bole nak kawal pegi hantar sekolah tahfiz.
Konon tu cara nak ubah anak mereka, lepas tu biar serah kat Ustaz sepenuhnya.
Bila ada ustaz yang bertopengkan manusia, buat benda tak senonoh, tak berani nak reveal pulak.

Stoplah jadikan sekolah ni alasan utk tunggang agama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anamia replied at 2-9-2021 12:17 PM
Pernah g masjid tak kak? Kak ke abg ni? Kat masjid pun byk aircond, n terbukak je pintu seluas ala ...

Taliban mana ajar buka ekon dan buka pintu seluas alam dik?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 2-9-2021 12:18 PM
Iols setuju.
Ni bagus utk jaga kebajikan sekolah ni.
Senang nak monitor aktiviti mereka.

Bill elektrik tu tak dapat bayar kerana buka aircond dan buka pintu seluas alam... Management teruk
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:29 PM | Show all posts
mungkin ini masa terbaik untuk menilai dan menapis semula semua pusat tahfiz agar yang mampu beroperasi dengan baik saja diizinkan beroperasi. Sangat sedih melihat pusat tahfiz yang dihuni oleh anak2 berada dalam keadaan yang daif dan sangat minimum.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
klu PAS yg duduk dalam kerajaan pun tak sanggup nak tanggung maahad tahfiz-tahfiz ni siapa lagi yg kita harap kan?  klu dulu boleh la guna slogan ini semua salah Najib.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:32 PM | Show all posts
Islam terancam ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 12:41 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 2-9-2021 12:29 PM
mungkin ini masa terbaik untuk menilai dan menapis semula semua pusat tahfiz agar yang mampu beroper ...

Setuju!
Siasat betul2 pusat2 tahfiz yg wujud di negara ni. Mana yg berfungsi dgn baik biarkan beroperasi.
Pusat tahfiz yg hidup segan mati tak mau tu..katup je la dan serapkan pelajar2 ke pusat2 yg beroperasi.
Ni kadang2 ramai je bukak maahad tahfiz tp harapkan sumbangan org ramai.
Sumbangan pun belum tentu betul2 guna utk maahad derang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
inilah jadinya bila PAS memerintah bersama UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tutup je, sekolah agama kerajaan kan dah ada, tak cukup lagi ke?
Sekolah2 tahfiz pondok ni kadang2 wujud utk penunggang agama jah… nak buka sekolah tapi tak mampu, manjang mintak derma, malam2 student keluar mintak derma juga… buat malu agama aje..

Tempat i ada sekolah agama tu dah mintak parents bayar yuran bulan2 pun dengan tak malu masih gantung banner minta sumbangan utk pembangunan sekolah tu.. yuran bulan2 sek rendah pun dah beratus pergi mana ntah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tahfiz ni dia ajar hafal quran aje. Subjek lain takde. Patut wajibkan juga subjek lain. Biar mereka lebih all rounder. Kalau tak susah bercakap dengan orang camni, dia aje betul.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-8-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.107935 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list