|
Bengkulu: Seorang penduduk, dinamakan sebagai MTR, di Desa Keban Agung dekat sini, ditahan polis kerana jerat dengan arus elektrik yang dipasang untuk ‘membunuh’ babi hutan menyebabkan kematian jirannya.
Detik melaporkan, jirannya, Bahori yang meninggal dunia dalam kejadian pada Sabtu lalu.
“Saya memasang jerat itu. Biasanya setiap pukul 9 pagi pagi, jerat saya matikan, namun hari itu saya lupa mematikan jerat, yang membuatkan Bahori meninggal,” kata MTR di pejabat polis hari ini.
MTR mengatakan, selama ini kebun ubi kayu miliknya kerap dimasuki babi.
Foto: Detik.com
Oleh sebab itu, dia memasang jerat di kebun untuk menjerat babi yang masuk dan merosakkan tanaman.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Welliwanto Malau berkata, pelaku awalnya ingin menjerat babi di kebun ubi kayu miliknya.
“Namun yang terkena jerat babi adalah jirannya yang tidak sengaja menginjak jerat elektrik berkuasa tinggi itu,” katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan warga di Kepahiang memasang jerat menggunakan aliran elektrik di dalam kebun mereka untuk menjerat babi. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|