CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 0

[Perlis] Mohon panduan alih jentuai padi dari bendang ke bendang

[Copy link]
Post time 1-9-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Mohon panduan alih jentuai padi dari bendang ke bendang[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


Pengusaha dan pemandu jentuai padi di kawasan Sungai Padang, Sanglang memohon satu panduan daripada JPJ Perlis dan MADA dalam mereka menggunakan jentuai padi mereka di jalan raya. FOTO AIZAT SHARIF





Sanglang: Pengusaha dan pemandu jentuai padi di kawasan Sungai Padang, di sini, menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan panduan untuk menjalankan aktiviti pertanian terutama mengalihkan jentera dari bendang padi ke bendang lain.

Mereka mendakwa laluan alternatif di tepi bendang disediakan Mada tidak cukup besar dan menyukarkan jentera mesin padi bergerak di batas laluan alternatif itu, ditambah pula ada penduduk menanam tanaman lain di laluan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan kenderaan di Jalan Sungai Padang untuk bergerak ke bendang lain di sekitar kawasan itu sehingga mewujudkan risiko disaman JPJ atau polis trafik.

Malah, kawasan itu dikatakan sebagai 'lubuk' untuk mengeluarkan saman kepada mereka kerana menggunakan jalan awam itu.

Pemandu jentuai padi, Muhamad Taufik Othman, 35, berkata, situasi itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan mereka terutama kepada pemilik dan pemandu jentuai padi serta petani yang mengerjakan sawah padi itu sendiri.

"Sebelum ini, JPJ ada memberi penerangan mengenai kesalahan serta masalah timbul apabila jentuai padi menggunakan jalan awam, namun tiada tindakan diambil ketika itu.

"Mahu atau tidak, kami terpaksa menggunakan jalan awam untuk mengalihkan jentuai padi untuk bertugas di kawasan bendang lain di sekitar ini kerana jalan alternatif disediakan Mada sangat kecil serta kerap diceroboh penduduk yang membuat tanaman pertanian atas laluan berkenaan.

"Wujud pula masalah baru apabila jentera ini sudah naik ke jalan raya, kami terpaksa berdepan saman daripada pihak JPJ yang sering meronda di kawasan ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Padang, di sini, semalam.

Menurutnya, apabila jentuai padi menggunakan jalan raya, selut dan lumpur daripada sawah padi yang terlekat pada roda jentuai padi itu akan jatuh bertaburan di atas jalan raya.

Katanya, selain selain mengotorkan permukaan jalan raya itu, ia turut membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Walaupun begitu, setiap kali jentuai ini menggunakan jalan raya, kita bersiap sedia dengan jentera jengkaut yang akan menolak atau membersihkan lumpur dari permukaan jalan raya.

"Menurut JPJ, pemandu jentuai padi melakukan empat kesalahan iaitu tiada lesen dan cukai jalan pada jentera, jentera berantai menggunakan jalan raya awam dan jentera berada dalam keadaan kotor.

"Tindakan itu boleh diambil JPJ terhadap kami, jadi jika perkara sebegini berterusan dengan ancaman pelbagai saman bagaimana kami hendak membuat kerja," katanya.

Pengusaha jentuai padi, Mohd Ismadi Mohd Bon, 35, berkata isu itu berlaku kerana tiada satu panduan khusus diwujudkan JPJ sebagai panduan untuk mereka mengendalikan jentera pertanian ini.

"Pada 28 Ogos lalu, saya terpaksa menggunakan jalan utama Sungai Padang untuk ke kawasan sawah padi sekitar empat hingga lima kilometer untuk memotong padi itu.

"Tiba-tiba saya dipintas anggota JPJ dan mengarahkan saya turun dari jentera dan minta lesen dan kad pengenalan untuk mengeluarkan saman dan saya mohon budi bicara untuk tidak menyaman saya, namun tidak dipedulikan.

"Apabila saya bertanya tindakan alternatif untuk alihkan jentuai padi itu, anggota JPJ itu tidak mampu memberikan jawapan serta penyelesaian. Jelas, anggota JPJ pun tidak tahu apa yang boleh dilakukan...jadi bagaimana masalah ini nak selesai," katanya.





Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 5:30pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.445411 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list